KUCHING: Syarikat pakar bilik mandi dan dapur nombor satu di Malaysia, Big Bath kini melebarkan sayap perniagaannya ke Sarawak dengan menubuhkan bilik pameran ke-11 di negara ini.
Bertempat di Jalan Kwong Lee Bank, Big Bath Sarawak dilancarkan sebagai usaha untuk menawarkan produk berkualiti tinggi dan mewah, namun mampu milik kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Big Bath, Poon Fong Yee berkata kejayaan pihaknya turut disokong rakan-rakan strategik sejak ia mula beroperasi pada 2010.

“Di Big Bath, kami menyasarkan untuk sentiasa menyediakan dapur dan bilik mandi berkualiti, penyelesaian komprehensif yang terkini dan bergaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan rasmi Big Bath Sarawak di Jalan Kwong Lee Bank di sini pada Rabu.

Selain itu Fong Yee berharap agar kehadiran Big Bath di Sarawak dapat memberi kemudahan kepada semua pemilik rumah dan rakan kongsi perniagaan untuk sejajar dengan visinya menyediakan pengalaman bilik mandi berkualiti mewah yang mampu dimiliki oleh seluruh dunia.

Hadir sama di majlis tersebut, Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng.
Bersempena dengan pembukaan tersebut, Big Bath turut mengadakan promosi bermula dari 8 hingga 12 Februari ini melibatkan potongan harga 50 peratus untuk aksesori bilik mandi, tab mandi mewah dengan diskaun sehingga 40 peratus.
Antara lain aksesori bilik mandi dan dapur bertaraf lima bintang serendah RM9.90 dan tawaran promosi eksklusif hanya untuk pelanggan terawal antara jam 9 hingga 11 pagi sahaja.