Tajuk: Solusi Stres: 101 Tip
Praktikal Kendali Stres
Penulis: Dr. Rozanizam Zakaria
Tahun penerbitan: 2021
Jumlah muka surat: 256
Harga: RM35
Penerbit : WhiteCoat
BUKU Solusi Stres: 101 Tip Praktikal Kendali Stres merupakan panduan ringkas tetapi padat dalam membantu pembaca menguruskan tekanan.
Ditulis oleh Dr. Rozanizam Zakaria, seorang pakar psikiatri, buku ini menawarkan 101 tip praktikal yang mudah difahami dan diamalkan oleh sesiapa sahaja.
Ia sesuai untuk pelajar, pekerja, ibu bapa atau individu yang ingin memperbaiki kesejahteraan mental mereka.
Setiap tip yang dikongsi dalam buku ini disampaikan secara ringkas, jelas dan terus kepada penyelesaian, menjadikannya sesuai untuk pembaca yang mencari panduan segera tanpa perlu membaca teori yang terlalu mendalam.
Sebagai seorang pakar dalam bidang psikiatri, Dr. Rozanizam menggabungkan ilmu psikologi moden dengan pendekatan praktikal yang terbukti berkesan.
Ini menjadikan setiap tip dalam buku ini lebih dipercayai dan relevan dengan situasi kehidupan sebenar.
Dengan gaya penulisan yang santai tetapi bermakna, pembaca dapat menikmati setiap halaman tanpa rasa terbeban. Struktur buku yang berbentuk senarai (101 tip) juga membolehkan pembaca memilih topik yang ingin mereka fokuskan tanpa perlu membaca secara linear dari awal hingga akhir.
Sama ada seseorang sedang menghadapi stres dalam pekerjaan, pelajaran, perhubungan, atau kehidupan secara umum, buku ini menyediakan pelbagai teknik yang boleh disesuaikan mengikut keperluan individu.
Justeru, buku ini menjawab 101 persoalan penting tentang stres dan tip praktikal bagaimana anda harus menyusun kehidupan sebagai individu yang kental dengan tekanan.
Stres harus dikuasai, bukan menguasai. Pada bahagian awal, penulis menghuraikan tentang stres serta gejalanya.
Penulis juga menghuraikan dengan lengkap mekanisme terjadinya stres.
Setiap solusi yang dicadangkan disertai dengan penjelasan yang lengkap untuk menolong seseorang dalam situasi stres.
Penulis menyajikan 101 persoalan penting tentang stres dan tip praktikal yang boleh kita amalkan dalam kehidupan.
Buku ini banyak menjelaskan secara umum tentang stres dan tip berguna untuk mengendalikannya dan ditulis dalam bentuk soal jawab, jadi mudah untuk difahami.



