PENYANYI popular Billie Eilish mengalami detik cemas apabila seorang peminat melemparkan seutas gelang ketika dia membuat persembahan di Arizona, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.
Kejadian itu berlaku ketika Billie duduk bersila di pentas dan menyanyikan lagu What Was I Made For? — runut bunyi fi lem Barbie.
Gelang tersebut hampir mengenai kepala Billie, menyebabkan suasana menjadi tegang.
Peminat yang hadir pada malam tersebut kelihatan terkejut selepas insiden itu berlaku.
Walaupun tidak menyebabkan kecederaan, namun tindakan tersebut mencetuskan kebimbangan akan keselamatan artis semasa persembahan secara langsung.
Billie Eilish yang terkenal dengan sikap mesra peminat dan semangat positif dalam setiap persembahannya, menunjukkan ketenangan selepas insiden itu dan meneruskan persembahannya tanpa terkesan.
Sejak kebelakangan ini, beberapa insiden serupa berlaku di konsert besar — peminat membaling pelbagai objek ke atas pentas.
Tindakan tersebut bukan sahaja berisiko menyebabkan kecederaan kepada artis, tetapi juga menjejaskan kelancaran persembahan.






