ARTIKEL

Bimbing remaja liar, elak kes campak bayi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MENANGIS hingga keluar air mata darah tidak akan membawa makna, kerana nasi sudah menjadi bubur.

Abdomen yang semakin membesar rupa-rupanya ada janin yang melekat, hasil hubungan luar nikah.

Begitulah nasib golongan muda masa kini, bertindak tanpa memikirkan kesan dan akibat, akhirnya maruah tergadai.

Ini menyebabkan pelaku tertekan, tambahan pula tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Dalam hal ini, saling menyalahkan sudah terlambat, kita mesti melihat ke hadapan.

Apakah keputusan terbaik yang perlu diambil? Kes seperti ini memang tidak asing dalam kalangan masyarakat kita.

Namun berapa ramai yang mahu tampil membantu? Wanita malang seperti ini memerlukan sokongan dan dorongan, lebih-lebih lagi ketika bersendirian.

Jangan sisihkan mereka hingga melakukan tindakan luar kawalan seperti membuang atau membunuh bayi.

Julai lalu, seorang penuntut kolej berusia 18 tahun menghadapi tuduhan membunuh selepas mencampak bayinya dari tingkat 13 pangsapuri di Georgetown, Pulau Pinang.

Wanita itu terjaga pada jam 6 pagi kerana sakit perut sebelum ke tandas namun ketika hendak membuang air besar, dia tiba-tiba melahirkan bayi perempuan sekitar jam 7 pagi.

Namun sebaik mendengar tangisan bayi, dia membalutnya dengan baju-T sebelum mencampak bayi tersebut dari tingkap biliknya sebelum ditemui orang awam di tingkat empat, kawasan parkir.

Manakala pada Mei lalu, seorang pembantu kedai tergamak mencampak bayi perempuannya yang baharu dilahirkan dari tingkat empat rumah yang didiaminya di Bayan Baru.

Suspek dikatakan panik dan dia membuat keputusan membuang bayinya dari tingkat empat melalui balkoni kecil rumah flatnya untuk mengelak diketahui ahli keluarganya.

Mengapa kejadian seumpama ini berlaku?

Ia berpunca daripada hamil sebelum bernikah yang mendorong mereka bertindak di luar batas kemanusiaan.

Pembuangan bayi ini dianggap tidak berperikemanusian, namun ia adalah realiti dalam kalangan masyarakat kita.

Jika kita lihat statistik PDRM, sejumlah 577 kes pembuangan bayi dan janin direkodkan antara Januari 2014 hingga Disember 2018.

Malah di Sarawak sahaja, statistik kes buang bayi pada tempoh yang sama melibatkan sebanyak 31 kes.

Mungkin ramai masih tidak tahu akan kewujudan Peti Pelindung Bayi atau Baby Hatch yang disediakan oleh Yayasan OrphanCare.

Baby Hatch ini bukan bertujuan menggalakkan kes pembuangan bayi, tetapi sebaliknya untuk menyelamatkan bayi yang terabai.

Pusat ini menjadi transit kepada bayi yang ditinggalkan sebelum diambil sebagai anak angkat, sekali gus memberi peluang mereka membesar dalam institusi kekeluargaan yang sempurna.

Jangan bimbang kerana tindakan ini tidak dikategorikan sebagai jenayah.

Baby Hatch ini lebih selamat untuk bayi dan ada yang ditempatkan di beberapa Hospital Pakar KPJ di seluruh Malaysia.

Yang pasti, golongan yang bermasalah ini perlu dibantu, terutama dari segi psikologi.

Kenal pasti latar belakang dan masalah yang mendorong mereka terlibat dalam perbuatan keji sehingga melahirkan bayi.

Mereka tidak boleh diabaikan begitu sahaja, kerana akan memberi kesan yang lebih buruk terhadap masa depan mereka.

Jika kita memberi nasihat atau bantu mereka, siapa tahu, suatu hari nanti mereka juga akan membantu insan-insan bermasalah seperti mereka.

Oleh itu, didikan agama dan perhatian keluarga amat penting, selain pendidikan formal di sekolah.

Daripada bayi, hinggalah membesar menjadi kanak-kanak dan kemudiannya remaja… mereka perlu sentiasa mendapat didikan yang sewajarnya, terutama daripada ibu bapa atau penjaga.

Adalah lebih mudah untuk mendidik anak-anak sejak dari kecil, agar mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat yang berguna apabila dewasa kelak.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)