ARTIKEL

Bina 1,300 PPRT tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk membina 1,300 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) dan membaik pulih 10,000 rumah sedia ada tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (gambar) berkata sejak 2016 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), sebanyak 7,149 rumah PPRT telah dibina dan 38,057 rumah telah dibaik pulih.

“Bantuan rumah rakyat yang dilaksana di bawah KPLB dikenali sebagai PPRT bertujuan memastikan golongan miskin dan miskin tegar memiliki rumah kediaman yang selamat dan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang ingin tahu bentuk bantuan yang diberikan KPLB bagi memperluaskan pemilikan rumah bagi rakyat miskin di luar bandar.

Menjawab soalan tambahan Ahmad Nazlan mengenai kesediaan kementerian untuk menambah baik spesifikasi rumah yang akan dibina dan kualitinya, Abdul Latiff berkata, spesifikasi pembinaannya adalah sama iaitu rumah batu bata tiga bilik dan rumah panjang.

“Rumah batu bata berukuran 22×30 kaki iaitu 660 kaki persegi manakala rumah panjang ialah 17.72×40 kaki iaitu 713 kaki persegi. “… tetapi oleh kerana kita dapat menarik perhatian vendor G1 dan G2, jadi kita cuba teknologi sistem binaan berindustri (IBS).

Kita sudah panggil beberapa syarikat IBS supaya kualiti dan bantuan rumah PPRT sampai ke sasaran secara berkesan,” jelasnya.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai