ARTIKEL

FADZIHAN Abbas (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof yang hadir bagi menyempurnakan simbolik Majlis Peluncuran Program 'Juh Melabur, Anak Sarawak' di Cawangan ASNB Kuching, semalam.

Bina masa depan kewangan kukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rakyat Sarawak kini berpeluang menikmati pelbagai insentif menerusi kempen ‘Juh, Melabur Menang Mas’ yang diperkenalkan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) khusus bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pelaburan.

Kempen yang berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember ini menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM50,000, termasuk emas 999 seberat 20 gram, dua motosikal Yamaha LC135 Fi, tiga pakej percutian ke Mulu Marriott, kad hadiah IKEA, baucar AirAsia serta hadiah pencapaian khas.

Bagi setiap pelaburan bersih terkumpul sebanyak RM5,000 yang dibuat dan dikekalkan sehingga tamat tempoh kempen, peserta layak menerima satu penyertaan automatik untuk cabutan bertuah, tertakluk kepada terma dan syarat.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Fadzihan Abbes Mohamed Ramlee berkata, kempen berkenaan merupakan inisiatif pertama yang dianjurkan khusus untuk rakyat Sarawak.

“Tujuan utama kempen ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Sarawak mengambil langkah pertama atau meneruskan usaha yang telah dimulakan dalam membina masa depan kewangan yang lebih kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Program ‘Juh Melabur, Anak Sarawak’ di Cawangan ASNB Kuching, di sini, semalam.

Tambahnya, pelaburan tidak semestinya bermula dengan jumlah yang besar kerana orang ramai boleh mula melabur menerusi ASNB dengan jumlah serendah RM10 dan apa yang penting ialah memahami matlamat pelaburan, melabur mengikut kemampuan dan membina disiplin untuk melakukannya secara konsisten.

“Jika seseorang menyimpan dan melabur RM500 sebulan secara konsisten, jumlah itu berpotensi berkembang menjadi lebih RM80,000 dalam tempoh kira-kira 10 tahun, berdasarkan andaian pulangan tahunan sebanyak 5.75 peratus. Daripada jumlah itu, lebih RM20,000 merupakan hasil dividen yang dijana melalui kuasa faedah kompaun, melebihi jumlah simpanan yang dicarum sendiri.

“Inilah yang ingin kami terapkan. Mulakan dengan apa yang mampu hari ini, lakukan secara konsisten dan biarkan masa serta kuasa faedah kompaun membantu membina masa depan kewangan yang lebih kukuh,” ujarnya.

Beliau memaklumkan, ASNB kini menawarkan 18 produk pelaburan bagi memenuhi pelbagai keperluan dan matlamat kewangan, termasuk pendidikan anak-anak, persediaan persaraan, pembinaan dana kecemasan serta matlamat kewangan lain.

“Peranan ASNB adalah untuk menyediakan pilihan, akses dan bimbingan bagi membantu perjalanan kewangan setiap individu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fadzihan memberitahu, program ‘Juh Melabur, Anak Sarawak’ merupakan satu ajakan kepada masyarakat untuk beralih daripada sekadar mengetahui tentang pengurusan kewangan kepada mengambil tindakan nyata menerusi amalan menyimpan dan melabur.

“Apabila lebih ramai rakyat mula menyimpan dan melabur secara konsisten, kita bukan sahaja membantu meningkatkan kedudukan kewangan individu, malah membina keluarga yang lebih bersedia menghadapi kecemasan dan lebih yakin merancang masa depan.

“Inilah komitmen Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan ASNB kepada rakyat Sarawak. Kami mahu terus menjadi rakan dalam perjalanan kewangan anda, bukan hanya ketika memulakan pelaburan, tetapi pada setiap peringkat kehidupan,” tegasnya.

Beliau turut menggalakkan seluruh rakyat Sarawak menyertai kempen berkenaan dengan mengunjungi cawangan atau ejen ASNB berhampiran, selain menggunakan platform myASNB untuk mendapatkan maklumat dan mengurus pelaburan.

Fadzihan menyatakan, ASNB akan terus menambah baik perkhidmatan, memperluas program pendidikan kewangan serta membawa lebih banyak inisiatif yang relevan kepada masyarakat di seluruh Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Khazanah silam KAMPUNG TELLIAN

KAMPUNG Tellian di Mukah bukan sekadar perkampungan tradisional masyarakat Melanau, tetapi juga menyimpan pelbagai khazanah warisan, adat resam dan sejarah yang berpotensi diketengahkan sebagai tarikan

Keadilan belum selesai

SELEPAS bertahun-tahun menuntut keadilan, penderitaan etnik Rohingya akhirnya mendapat pengiktirafan di pentas undang-undang antarabangsa apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Myanmar bertanggungjawab melakukan genosid terhadap