ARTIKEL

Bina sahsiah remaja Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERAMAI 31 remaja perempuan daripada pelbagai sekolah menengah sekitar Bintulu berpeluang menyertai Program Rehlah Raikan Remaja anjuran IKRAM Muda Bintulu yang berlangsung di Pantai Tanjung Batu, baru-baru ini.

Program santai tersebut bukan sahaja memberi ruang untuk membina ukhuwah, malah sarat dengan mesej dakwah dan motivasi yang relevan dengan kehidupan remaja masa kini.

Antara yang menjadi tumpuan dalam program ini ialah sesi motivasi bersama pempengaruh dakwah terkenal, Pak Cik Lan, yang dijemput khas bagi menyampaikan ceramah bertajuk Apa Hala Tuju Kita sebagai Hamba di Dunia.

Sesi tersebut berjaya mencetuskan perbincangan terbuka apabila peserta aktif bertanya dan berdiskusi mengenai pelbagai persoalan kehidupan.

Sebelum sesi motivasi bermula, peserta turut menyertai beberapa aktiviti santai seperti sesi suai kenal dan jamuan ringan yang berjaya memeriahkan suasana serta mengeratkan hubungan sesama mereka.

Menurut salah seorang pelaksana program, pendekatan santai seperti ini memudahkan golongan remaja menerima bimbingan tanpa rasa tertekan.

“Remaja memerlukan bimbingan yang sesuai dengan dunia mereka. Program santai seperti ini mudah mendekati mereka tanpa tekanan, namun tetap menyampaikan mesej penting tentang hidup sebagai hamba Allah,” katanya.

Program yang bertujuan membina jati diri dan membentuk sahsiah remaja Muslimah itu diakhiri dengan sesi refleksi serta pesanan terakhir daripada Pak Cik Lan yang mengingatkan peserta tentang pentingnya mencari hala tuju hidup yang diredai Allah SWT.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai