ARTIKEL

Gambar fail Bernama

Bintulu bandar minyak pesat membangun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sebut nama Bintulu pasti teringat dengan produk belacan.

Bintulu juga terkenal dengan lokasi perindustrian serta bandar minyak dan gas.

Kawasan ekonomi Sarawak yang merupakan penyumbang utama kemasukan pelaburan asing bernilai bilion ringgit.

Saya sendiri mempunyai sejarah di Bintulu, kerana arwah datuk menetap di sana, maka kami sekeluarga sering ke Bintulu untuk berjumpa dengan ahli keluarga lain.

Kali terakhir saya ke Bintulu sekitar 2010, saya masih ingat lagi Bintulu dahulu hanya ada Park City dan Farley. 

Baru-baru ini, saya membuat liputan untuk Konvensyen Khas PBB Zon Utara di Bintulu yang berlangsung pada Ahad. 

Dari Kuching ke Bintulu saya bersama-sama dua rakan setugas menaiki kereta melalui Lebuh raya Pan Borneo yang mengambil masa lebih kurang 7 jam perjalanan.

JAUH BERBEZA

Singkat perjalanan kami, dengan jalan raya yang selesa dan kondusif, berbanding dahulu boleh mencecah sehingga 11 jam untuk sampai.

Dengan adanya Lebuh raya Pan Borneo, perjalanan sangat mudah walaupun masih sesetengah kawasan di sekitar Tatau belum siap sepenuhnya, namun ia tidak mengambil masa yang lama. 

Saya juga percaya jika Pan Borneo nanti siap sepenuhnya perjalanan dari Kuching ke Bintulu hanya memakan masa 5 atau 6 jam. 

Saya rasai sendiri perjalanan melalui Pan Borneo, jauh perbezaannya berbanding dahulu. 

Mungkin kerana sejak kecil terbiasa melalui perjalanan darat dari Sibu ke Kuching setiap tahun untuk perayaan. 

Saya membesar di Sibu sejak berusia tiga tahun, tetapi lahir di Kuching dan keluarga besar — datuk dan nenek sebelah bapa saya juga berasal dari Kuching. 

Perubahan jalan ini membuat saya sangat kagum. 

Berbalik kepada cerita Bintulu, sebuah bahagian di dalam Sarawak yang kaya dengan sumber minyak dan gas. 

Maka tidak hairan jika ia dikenali sebagai bandar minyak kerana kawasan perairannya menjadi destinasi penerokaan sumber asli daripada pelbagai syarikat minyak dan gas dunia.

Selain itu, Bintulu juga menjadi lokasi pelaburan asing syarikat multinasional dunia yang beroperasi di Taman Perindustrian Samalaju.

Dengan kehadiran pelabur asing itu, ternyata menjadi pemangkin kepada usaha melonjakkan ekonomi Sarawak.

Malah, ia sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khsusunya rakyat Sarawak.

Justeru, pembangunan di Bintulu kini pesat berjalan.

Sebaik tiba di Bintulu, saya dikejutkan dengan pembangunannya. 

Struktur Jambatan Kemena yang dalam proses pembinaan di tengah bandar berkenaan.

Saya yakin dan pasti ia menjadi mercu tanda atau infrastruktur ikonik di Bintulu pada masa akan datang menerusi pembangunan berterusan yang dilaksanakan.

BERITA LAIN

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

Peperiksaan medan bina diri

Peperiksaan merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seorang pelajar. Peperiksaan bukan sekadar mengukur sejauh mana seseorang menguasai ilmu yang dipelajari, malah menjadi medan untuk

BERITA TERBARU