ARTIKEL

SEDIA GEMPUR... Pemain Bintulu kelihatan bersemangat ketika sesi latihan.

Bintulu sasar kekang Samarahan di Asajaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Bintulu, Farhan Abdullah@Anai Igang mengakui pasukannya berdepan tugas mencabar dalam aksi separuh akhir pertama menentang Samarahan di Kompleks Sukan Asajaya petang esok (Sabtu).

Meskipun kejayaan musim lepas masih membayangi penampilan pasukannya, kejayaan itu bukan penanda aras sebenar.

Anai percaya lawan pasukannya petang esok akan menggunakan peluang yang ada untuk meraih kemenangan selain berusaha mencetak lebihan gol sebagai bekalan aksi timbal balik nanti.

“Apa yang pasti kami turun dengan semangat juang yang tinggi bagi mengekang pasukan tuan rumah untuk beroleh kemenangan.

“Memang ia satu tugas mustahil akan tetapi pemain akan berusaha ke arah itu,” kata Anai kepada Arena Suara Sarawak.

Untuk perlawanan petang esok, Anai bersedia menurunkan kesebelasan terbaik bagi mengimbangi tekanan sepanjang tempoh 90 minit permainan sebenar.

Dalam pada itu, Anai berharap pemain yang diturunkan petang esok dapat fokus melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Kata Anai, Samarahan mantap di segenap posisi dan pasukannya perlu lebih berwaspada.

“Saya harap pemain bijak menterjemahkan peluang yang terhidang, mengingatkan mereka agar mengelak melakukan kesilapan mudah,” tambah Anai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU