KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan melaksanakan penggunaan biodiesel B15 secara rasmi mulai 1 Jun depan selepas semua persediaan teknikal bersama syarikat petroleum selesai dilakukan.
Pelaksanaan adunan baharu itu melibatkan kesiapsiagaan rantaian bekalan, logistik dan infrastruktur di depoh adunan menerusi penyelarasan Jawatankuasa Peringkat Tinggi Biobahan Api menurut Bernama.
Langkah berkenaan dijangka dapat mengurangkan import diesel petroleum, menstabilkan harga minyak sawit mentah domestik serta mengurangkan pelepasan karbon sektor pengangkutan sejajar dengan Dasar Agrikomoditi Negara dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.
KPK turut bekerjasama dengan beberapa kementerian dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi aspek penguatkuasaan, selain melaksanakan penerangan awam untuk memastikan pengguna menerima maklumat yang jelas dan tepat.



