ARTIKEL

TUMPAHAN BAHARU... Tumpahan minyak diesel sejauh 300 meter dari Jalan Kulas Satok hingga ke Jejambat Satok di sini, hari ini.

Bomba bersihkan tumpahan minyak diesel di Jalan Kulas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan membantu membersihkan tumpahan minyak diesel di Jalan Kulas di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan kira-kira jam 3.36 petang lalu menggerakkan BBP Padungan ke lokasi kejadian.

“Didapati berlaku tumpahan minyak diesel sejauh 300 meter dari Jalan Kulas Satok hingga ke Jejambat Satok.

“Pasukan bomba bertindak membuat pembersihan dengan menggunakan habuk kayu dan semburan air sehingga selesai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, setelah selesai dan memastikan keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

BERITA LAIN

Lebih ramai profesional perubatan diperlukan

KUCHING: Lebih ramai profesional dalam bidang perubatan diperlukan seiring dengan pemilihan Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh syarikat terkemuka, Roche Pharmaceuticals, sebagai tapak untuk ujian klinikal

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,