ARTIKEL

BOMBA menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terkunci di dalam sebuah kereta di sini, hari ini.

Bomba Betong selamatkan kanak-kanak terkunci dalam kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Tindakan pantas pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terkunci di dalam sebuah kereta di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan, BBP Betong memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada 12.24 tengah hari berhubung kejadian berkenaan.

Menurut kenyataan itu, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah Perodua Alza dalam keadaan berkunci, manakala kanak-kanak terbabit masih berada di dalam kenderaan.

“Ketika respons ke lokasi, kita mendapati kereta jenis Perodua Alza tersebut terkunci dan seorang kanak-kanak berada di dalam,” katanya.

Tanpa berlengah, pasukan Bravo BBP Betong bertindak membuka kunci kenderaan menggunakan peralatan khas.

Usaha tersebut berjaya dan kanak-kanak berkenaan dikeluarkan dari dalam kereta dalam keadaan selamat.

Mangsa kemudian diserahkan kepada ibunya selepas operasi menyelamat selesai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai