ARTIKEL

Bon Appétit, Your Majesty Cinta,dendam,dan masakan di Istana Joseon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»Siri fantasi romantik Korea Selatan terbaharu, Bon Appétit, Your Majesty, membawa penonton menyusuri dunia istana zaman Joseon dengan sentuhan moden serta aroma masakan Perancis.

Ditulis oleh fGRD dan diarahkan oleh Jang Tae-yoo, siri ini dibintangi oleh Im Yoon-ah, Lee Chae-min, Kang Han-na dan Choi Gwi-hwa.

Disiarkan di saluran tvN bermula 23 Ogos hingga 28 September lalu, setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.10 malam (waktu Korea), drama ini turut boleh distrim melalui Netflix.

Kisahnya berpusat pada Yeon Ji-yeong (lakonan Im Yoon-ah), seorang cef masakan Perancis yang sedang berada di puncak kerjaya apabila kejadian aneh berlaku apabila dia tiba-tiba kembali ke zaman silam ketika berlakunya gerhana matahari.

Tanpa disangka, dia terdampar di istana Raja Joseon, Yi Heon (Lee Chae-min), seorang pemerintah muda yang terkenal sebagai raja paling kejam, namun penggemar makanan terbaik pada zamannya.

Pada awalnya disangka pengintip, Ji-yeong akhirnya diterima sebagai tukang masak diraja selepas berjaya memikat selera baginda dengan Bon Appétit, Your Majesty teknik masakan moden yang digabungkan bersama bahan tradisional Korea.

Dari dapur istana, dia mula menempuh dunia penuh politik, dendam dan rahsia lama yang menjerat hidup setiap penghuni istana.

Namun, di sebalik tembok kuasa itu, hubungan antara Ji-yeong dengan Yi Heon perlahan-lahan berubah.

Melalui hidangan yang disajikan, Ji-yeong menyentuh semula sisi kemanusiaan sang raja, membangkitkan kenangan zaman kecil yang pernah penuh kasih sayang sebelum segalanya diragut oleh tragedi.

Pada masa yang sama, muncul ancaman daripada Kang Mok-ju (Kang Han-na), gundik kesayangan istana yang cemburu akan kehadiran Ji-yeong, serta Putera Je Seon (Choi Gwi-hwa) yang merancang menggulingkan takhta.

Gabungan cinta, komedi, pengkhianatan dan misteri menjadikan Bon Appétit, Your Majesty bukan sekadar drama sejarah, tetapi juga kisah tentang pilihan antara takdir dan masa depan.

Siri ini turut diinspirasikan daripada penghujung pemerintahan Yeonsangun Joseon serta peristiwa Kapja Sahwa (pembersihan kedua sarjana Konfusian) pada 1504 — antara bab paling kelam dalam sejarah Korea.

Selain empat watak utama, barisan pelakon sokongan turut menghidupkan suasana istana dengan pelbagai watak menarik seperti Seo Gil-geum (Yoon Seo-ah), dayang istana yang menjadi sahabat Ji-yeong, serta Grand Queen Dowager Inju (Seo Yi-sook), nenek kepada Yi Heon yang turut memikul rahsia di sebalik kematian ibu beliau.

Turut membintangi ialah Shin Eun-jung sebagai Queen Dowager Jahyeon, Oh Eui-shik sebagai Im Song-jae, Park Young-woon sebagai Shin Soohyuk dan Lee Eun-jae sebagai permaisuri yang digulingkan, Queen Yun.

Kehadiran utusan dari Dinasti Ming seperti Yu Kun (Kim Hyung-mook) dan Tang Bai Long (Jo Jae-yoon) pula menambah dimensi antarabangsa pada jalan cerita.

Dengan sinematografi mewah, set istana yang terperinci dan olahan resipi yang menggabungkan masakan klasik serta teknik moden, Bon Appétit, Your Majesty menjanjikan pengalaman menonton yang memuaskan bagi peminat sejarah mahupun pencinta makanan.

Lebih daripada sekadar kisah cinta rentas masa, drama ini menyoal makna sebenar kuasa, dendam dan pengampunan.

Dan seperti setiap sajian yang disediakan oleh Ji-yeong, kisah ini meninggalkan rasa yang sukar dilupakan.

BERITA LAIN

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka

Al-Quran panduan bentuk akhlak

Kejayaan mengkhatamkan al-Quran bukanlah pengakhiran perjalanan seorang Muslim untuk mendalami kitab suci itu, sebaliknya menjadi permulaan untuk memahami, menghayati dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

BERITA TERBARU