Bagi sebahagian besar 213 B juta rakyat Brazil, bola sepak merupakan identiti dan budaya negara. Sekitar 192 juta penduduknya gila bola, lebih-lebih lagi ketika berlangsungnya temasya Piala Dunia 2026 yang bermula hari ini (jam 3 pagi Jumaat waktu Malaysia).
Sebaik pasukan ‘samba’ turun padang, semua pekerja akan balik awal, meninggalkan alatan pertukangan, pen dan komputer. Bola sepak ibarat permainan suci di negara terbesar Amerika Latin itu dan tidak ada perkara lain boleh menghalang mereka menyaksikan perlawanan yang membabitkan skuad Brazil. Sebanyak 28 peratus perniagaan sektor perkhidmatan akan membenarkan pekerja menonton aksi Brazil, manakala 17 peratus majikan menyediakan ruang menonton perlawanan di tempat kerja.
“Sangat sukar untuk mereka (pekerja) menumpukan perhatian kepada kerja ketika perlawanan Piala Dunia membabitkan Brazil,” kata Ketua Estante Magica, Robson Melo yang menerbitkan buku untuk kanak-kanak dan mempunyai 100 pekerja di tengah belantara kota, Rio de Janeiro.
Pekerja dalam sektor perniagaan diberikan peluang untuk merasai pengalaman di stadium mini dengan berdozen bendera Brazil digantung, permukaan lantai rumput tiruan dan tempat duduk penonton.
“Kita akan berhenti ketika perlawanan berlangsung. Tidak akan ada yang mempersoal produktiviti menurun. Pasukan kami terdiri daripada tenaga kerja muda dan sudah biasa berkhidmat pada bila-bila masa dengan tempoh waktu fleksibel. Sudah tentu akan berlaku kelembapan perniagaan di seluruh negara sekali gus membuka ruang kepada negara lain. Ini bererti kesan ekonomi secara keseluruhan dijangka sangat neutral,” kata Melo.
“Sebanyak 28 peratus perniagaan akan menyaksikan kenaikan pendapatan ketika kejohanan sepanjang sebulan ini dan 23 peratus akan melihat kejatuhan setiap hari,” ujar Melo lagi.
Bagi rakyat Brazil, bola sepak adalah segala-galanya. Oleh itu setiap kekalahan dalam Piala Dunia adalah tragedi, dan ramai rakyatnya berkabung selama beberapa hari, tanda meratapi kegagalan. Bagi mereka, Brazil tidak boleh ditewaskan, dan kalau boleh menang semua perlawanan.
Setiap kemenangan adalah satu pesta, lebih-lebih lagi kemenangan di peringkat kalah mati. Oleh itu, kemenangan dalam perlawanan akhir Piala dunia 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002 dianggap sebagai pencapaian terhebat negara.
Pele, Romario, Bebeto, Ronaldo, Ronaldinho dan Rivaldo merupakan nama besar Brazil, mengalahkan presiden negara. Keenam- enam legenda itu memberikansumbangan besar, terutama Pele yang menjulang tiga trofi, Ronaldo dua trofi, manakala tiga yang lain satu trofi.
Limpahan penyerang menjadikan Brazil sebagai kuasa besar dunia, satu-satunya negara merangkul lima trofi, sejak Piala Dunia diperkenal pada 1930 hingga 2022. Manakala Jerman dan Itali masing-masing empat trofi, diikuti Argentina tiga trofi, Perancis dan Uruguay dua trofi, manakala England dan Sepanyol satu trofi.
Dalam kempen Piala Dunia Belia 1997 yang berlangsung di Stadium Sarawak, Petra Jaya Kuching, saya dan rakan-rakan media menemu bual jurulatih pasukan Brazil, Toni Barosso di Stadium Negeri. Antara soalan yang kami ajukan ialah, apakah rahsia Brazil mempunyai ramai penyerang?
Jawapan Barosso ialah; “la bermula daripada bola sepak jalanan di segenap penjuru kota dan desa, kemudiannya menular di sekolah rendah, hinggalah akademi. Jika dalam satu sekolah ada 200 pelajar lelaki… 190 daripadanya memilih posisi penyerang.” Menurut Barosso, keadaan ini menyebabkan pasukan Brazil, sama ada junior atau senior mempunyai sangat ramai penyerang sehingga menyukarkan pilihan.
“Anda boleh bayangkan Brazil mempunyai 100 penyerang handal… sedangkan sebuah pasukan hanya memilih empat atau lima penyerang. Jadi, kami hanya memilih penyerang yang benar- benar berkualiti, namun kami juga tidak terkecuali daripada terlepas pandang,” ujarnya. Pele dan Ronaldinho bermula
dengan bola sepak jalanan, sebagai penyerang. Pele pernah menimang buah mangga masak di belakang rumah sehingga lunyai untuk mengasah kemahiran, sebelum bergelar superstar. Ronaldinho pula pernah menimang bola di bawah meja sambil menikmati hidangan bersama-sama keluarga, sebelum bergelar megastar.
Bagaimana pula peluang Brazil dalam Piala Dunia 2026? Kali terakhir mereka menjuarai Piala Dunia ialah 24 tahun yang lalu di Stadium Yokohama, Jepun, setelah mengatasi Jerman 2-0.
Kali ini Brazil turun sebagai “underdog”, sebaliknya juara Eropah, Sepanyol dan bekas juara dua kali, Perancis menjadi pilihan popular.
Corak samba Brazil, terhakis sedikit demi sedikit, dan ada kemungkinan ia sudah hilang sebaik orang Itali, Carlo Ancelotti mengambil alih ketua jurulatih pasukan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini
Bagi tonggak tengah Brazil,
Piala Dunia 2026 juga
Casemiro, yang juga bekas bintang Manchester United, status bukan pilihan, boleh memberi kelebihan kepada mereka. “Kami bukan pilihan utama. Sudah tentu kami berada dalam keadaan baik dan memiliki skuad yang mantap dengan gabungan pemain berpengalaman serta bakat muda,” ujarnya.
“Mungkin kali ini kami berada selangkah di belakang, tetapi itu membuatkan kami sentiasa berjaga-jaga dan ia sentiasa perkara yang baik,” kata Casemiro.
Brazil diramal tidak akan menghadapi banyak masalah untuk melepasi Kumpulan B yang terdiri daripada Maghribi, Haiti dan Scotland. Namun di peringkat suku akhir mereka dijangka menentang
England. Bagaimana pula dengan nasib negara kerdil, Curacao yang cuma mempunyai 158,006 penduduk dan pasukan Haiti. Adakah mereka hanya turun sebagai pencukup bilangan 48 pasukan? Realitinya, kehadiran mereka dianggap
sebagai penyeri kejohanan paling bersejarah ini, dengan harga tiket melambung sehingga RM29,940 sekeping.
menyaksikan perubahan besar dalam undang-undang permainan selepas Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) meluluskan beberapa peraturan baharu yang bertujuan meningkatkan disiplin, mengurangkan pembaziran masa dan mempercepat tempo permainan.
Antara perubahan paling ketara ialah pemain yang menutup mulut dengan tangan, lengan atau jersi ketika berdepan situasi konfrontasi boleh dilayangkan kad merah. Peraturan itu diperkenal susulan kes membabitkan pemain Benfica, Gianluca Prestianni yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur diskriminasi terhadap Vinicius Junior ketika menutup mulutnya.
Selain itu, pemain yang meninggalkan padang sebagai tanda protes terhadap keputusan pengadil turut berdepan kad merah, manakala pasukan yang menyebabkan perlawanan dibatalkan boleh dianggap kalah. Bagi menangani isu melengah- lengahkan permainan, pengadil akan menggunakan kiraan visual lima saat untuk lontaran ke dalam dan sepakan gol. Jika gagal dilakukan dalam tempoh ditetapkan, pasukan lawan akan diberikan lontaran ke dalam atau sepakan penjuru.
Prosedur pertukaran pemain juga diperketat apabila pemain yang dikeluarkan hanya diberi 10 saat untuk meninggalkan padang melalui laluan paling hampir. Kegagalan mematuhi arahan boleh menyebabkan pemain gantian terpaksa menunggu sehingga satu minit selepas permainan disambung semula.
Perubahan itu dibuat selepas pengalaman hampir sedekad menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan bertujuan memastikan bola sepak terus berkembang mengikut keperluan semasa. Perubahan ini bertujuan menangani diskriminasi, mengurangkan pembaziran masa, meningkatkan tempo permainan dan memperbaiki pengalaman pemain serta penyokong.
Adakah peraturan baharu ini bakal menggugat peluang pasukan besar, seperti Sepanyol, England, Perancis, Jerman, Argentina, Brazil dan Belanda? Yang pasti, tidak akan ada lagi drama jaringan tangan Diego Maradona ketika membenam England 2-1 pada aksi suku akhir di Azteca, Mexico pada 1986. Malah tiada juga ‘jaringan hantu’ England ketika mengatasi Jerman Barat 4-2 pada final 1966.
Brazil 2026 tetap mengintai peluang juara buat kali keenam. Mereka mahu mengulangi aksi Romario (5 kaki 7 inci) yang melonjak tinggi mengatasi dua pemain pertahanan Sweden (6 kaki 3 inci) untuk menang 1-0 pada aksi separuh akhir Piala Dunia 1994. Mereka kemudiannya mengalahkan Itali 3-2 menerusi sepakan penalti, untuk bergelar juara. Ketika itu, mereka bukanlah pasukan pilihan popular, tetapi mampu menari samba.



