ARTIKEL

Kredit: FB JBPM

Budak 10 tahun hilang selepas terjatuh ke dalam longkang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.47 malam sebelum sepasukan enam anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya tiba di lokasi kejadian pada 8.13 malam.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang pada 3.30 petang dan hanyut dibawa arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat oleh pihak bomba sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi. — Bernama

BERITA LAIN

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat

BERITA TERBARU

DBP perkasa pendidikan, kesejahteraan komuniti Gedong

GEDONG: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempergiat usaha memperkasa pendidikan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk Kampung Tengah Hulu menerusi Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI).

Arahan WhatsApp palsu, syarikat rugi RM327,000

KUCHING: Sebuah syarikat di sini kerugian RM327,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai pengarah syarikat menerusi WhatsApp dan mengarahkan pembayaran ke dua akaun bank berbeza. Penipuan