ARTIKEL

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

Bukit Aman Siasat Kebocoran Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat JAC – KPN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sedang menyiasat berhubung kebocoran dokumen didakwa minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tumpuan siasatan adalah ke arah pendedahan dan penyebaran maklumat di peringkat dalaman dan juga di media sosial serta akan memanggil semua saksi yang kompeten bagi membantu siasatan.

Mohd Khalid turut menasihati orang ramai supaya tidak mendedahkan sebarang dokumen atau maklumat yang diklasifikasikan sebagai dokumen (rahsia) terperingkat dan sekiranya terlibat individu terbabit akan berdepan dengan tindakan tegas.

Terdahulu, satu laporan polis difahamkan telah dibuat berhubung kebocoran dokumen didakwa minit mesyuarat JAC.

Sebelum ini tular di Facebook dan aplikaksi X petikan minit mesyuarat JAC yang didakwa berlangsung pada Mei lepas tersebar di media sosial sejak semalam, dipercayai bermula dari laman Reddit. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi