ARTIKEL

Buku nota kecil Tun M, Abg Jo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JIKA anda berminat untuk menjadi seorang penulis biografi; anda perlu bijak mendapatkan buku diari milik subjek yang ditulis.

Atau anda mendapatkan buku notanya.

Buku nota kecil ada pelbagai.

Pastikan ia yang betul, yang sentiasa dibawa ke mana-mana.

Nota kecil pemimpin ini cukup penting, kerana ia mengandungi banyak perkara.

Ia merakam masalah yang berlaku di sekeliling pemimpin tersebut.

Tun Dr Mahathir Mohamed terkenal dengan notanya.

Bahkan pegawai kanan kerajaan termasuk menteri dan pemimpin kanan parti yang diwakilinya cukup gerun apabila beliau membuka buku notanya; baik ketika mempengerusikan mesyuarat, menghadiri taklimat mahupun menyampaikan ucapan.

Menerusi catatan nota itu, Tun M tidak akan berselindung untuk menyoal para pegawai dan pemimpin yang terkait dengan isu yang dirakamkan.

Ketika membuka buku nota kecil itu di Perhimpunan Agung UMNO (selama 22 tahun), beliau akan melontarkan isu yang tidak disenanginya dengan penuh emosi.

Beliau akan menyentuh semua isu yang seharusnya ditangani sebaiknya oleh orang bawahan yang diamanahkan.

Menurut sumber, dalam buku tersebut, jika ia ditulis dengan dakwat merah, maka isu tersebut besar.

Pemimpin hebat seperti Tun M akan turun padang pada waktu yang tidak terfikirkan oleh rakyat atau pemimpin lain.

Beliau akan menyelusuri kawasan, mendengar suara hati rakyat dengan cukup terbuka.

Beliau menyiasat keluhan mereka.

Ketika melakukan tinjauan peribadi itu, Tun M tidak diiringi oleh pengawal peribadi mahupun pegawai.

Beliau tidak pula merakamkan perbuatannya melalui kamera; apatah lagi pada waktu itu media sosial belum wujud.

Justeru apabila nota kecil itu ditayangkan, tidak hairanlah ada isu rakyat yang akan dilontar.

Ada isu rakyat yang perlu diselesaikan.

Antara yang masih penulis ingat ialah kemarahan beliau terhadap sampah yang tidak dikutip hingga mengotorkan pemandangan.

Kritikan pedas membuatkan bukan sahaja menteri, malah Datuk Bandar Kuala Lumpur pada waktu tersebut menjadi kelam kabut.

Di Sarawak, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara pemimpin yang masih menulis nota dan maklumat menggunakan buku kecil.

Abang Johari seorang yang celik IT, malah lebih pintar daripada kebanyakan kita, dalam menggunakan pelbagai aplikasi.

Namun buku nota kecil tetap menjadi amalan beliau biarpun beliau sebenarnya mempunyai banyak pilihan, melalui pelbagai aplikasi yang ada di dalam telefon bimbit.

Selain itu, menulis di telefon bimbit, terutama berkomunikasi melalui aplikasi media sosial adalah cukup berbahaya bagi pemimpin utama negeri seperti ini. Kerana ia boleh mengundang malapetaka apabila telefon terbabit digodam. Ataupun dicuri maklumat.

Benda ini pernah berlaku; malah akaun Facebook Abang Johari sendiri pernah digodam, sehingga beliau terpaksa menutupnya untuk suatu ketika.

Justeru, kini beliau sering mencatatkan di dalam buku yang dibawanya mengenai apa-apa isu dan maklumat penting.

Seperti Tun M, Abang Johari tidak segan silu untuk menegur jika ada sahaja perkara yang dilihatnya tidak menyenangkan hati; baik hati beliau mahupun rakyat.

Kerana itulah, jika ramai yang memikirkan pemimpin berdua ini pernah lupa, anda silap.

Mereka memiliki catatan yang cukup padat, termasuk kutipan yang diperoleh daripada buku yang dibaca.

Ya, kedua-duanya memiliki kemampuan untuk menghadam buku dengan cepat.

Buktinya, banyak buku yang dibacanya, tidak dimiliki kita. Termasuk perihal undang-undang perairan dan pentas benua.

Beliau juga memperoleh maklumat tentang hak Sarawak setelah mengulang kaji Perlembagaan Persekutuan, sehingga Sarawak kini mampu melaksanakan cukai yang lumayan.

Seyogia sekali lagi diingatkan, jika anda ingin menulis biografi Abang Johari, cuba dapatkan buku-buku ini.

Setiap tulisan dan cara menulis catatan itu sebenarnya ada kisah dan cerita, ada emosi yang boleh dipelajari.

Dalam mempelajari karektor pemimpin seperti ini, ada sumber memberitahu bahawa mereka juga berkomunikasi dengan orang kanannya, termasuk penerima arahan menerusi tulisan.

Misalnya, surat rekomendasi atau sokongan, atau persetujuan yang boleh dibantah, atau tidak boleh dibantah dicatat dengan pelbagai cara.

Ada yang menggunakan pen berwarna. Ada yang menggunakan kaedah tandatangan.

Malah titik noktah. Maksudnya setiap tandatangan itu membawa makna tertentu, yang hanya difahami oleh penerima surat.

Ada tandatangan yang ditulis melalui dakwat berwarna, yang setiap warna memikul maksud tertentu.

Begitu juga dengan nota kaki, ataupun nota iringan.

Setiap cara menulis itu membawa maksud yang hanya difahami oleh penerima.

Penulis tidak pasti bagaimana pentadbiran Sarawak kini, namun ada pemimpin negeri ini pernah mempraktiskan arahan tersebut.

Tujuannya, mereka tidak boleh menidakkan permintaan para penyokong yang mahukan surat sokongan untuk kelulusan projek dan sebagainya.

Justeru, mereka menurunkan juga tandatangan, namun komunikasi yang sebenar hanya direkodkan melalui gaya tulisan atau warna pen tersebut.

Ada pemimpin, dan individu tertentu, termasuk penulis, menggunakan media sosial untuk merakamkan nota.

Mungkin anda ada cara anda sendiri.

Dan, ia sebenarnya cukup penting bagi membolehkan kita mengingati akan apa-apa sahaja momen penting, selain menyimpan data dan maklumat, yang mungkin berguna untuk apa-apa sahaja tujuan.

* Rudi Affendi Khalik merupakan penulis, wartawan dan penerbit di syarikat penerbitan tv dan kandungan media di Sarawak.

BERITA LAIN

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya