SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Buku teks digital atau fizikal?

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BARU-BARU ini Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan 50,000 komputer riba pada tahun ini untuk kegunaan sekolah di seluruh negara.

Menurut KPM, agihan itu dibuat mengikut formula dicadangkan dan diperkemaskan supaya semua sekolah mendapat bekalan komputer untuk digunakan dalam pengajaran, khususnya dalam penggunaan buku teks digital serta lain-lain bahan.

Ia turut melibatkan video pembelajaran dan contoh yang ada untuk dimuat turun oleh guru apabila mereka ingin menggunakan bahan-bahan ini menerusi komputer riba yang dibekalkan untuk pengajaran di sekolah masing-masing.

Bagi sekolah di luar bandar mereka boleh menggunakan secara luar talian, namun sekolah di bandar yang mempunyai kemudahan boleh memuat turun dan membuat capaian melalui Internet.

Setakat ini menurut KPM, buku teks digital itu sudah 70 peratus siap untuk kegunaan pelajar sejak ia diperkenalkan pada 2021.

Usaha KPM ini bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi ibu bapa dan warganet.

Ada yang bersetuju ada pula yang tidak bersetuju.

Untuk jangka masa pendek, ia sememangnya membantu pelajar mencari maklumat jika mempunyai sebarang ketidakfahaman.

Baca lain  Kesihatan diri fokus nombor satu

Bagaimanapun, untuk jangka masa panjang, pelajar dikatakan cenderung hilang fokus dan akhirnya mereka kurang berminat untuk membaca buku secara fizikal.

Selain itu ada juga yang bimbang akan memberi kesan kepada kesihatan mata susulan ‘screen time’ atau waktu tayang dibuat dalam jangka masa yang panjang.

Ramai yang bersuara, memohon agar subjek yang dipelajari untuk satu hari itu dikurangkan apatah lagi setiap subjek yang mempunyai buku terlalu banyak.

Di samping itu ada juga yang mahu agar silibus dikaji semula susulan buku-buku terlalu banyak sehingga tidak masuk akal jumlahnya.

Pada pendapat penulis, langkah buku tekas digital sememangnya amat bagus, sesuai dengan peredaran zaman untuk generasi alfa yang semakin cerdik atas faktor akses maklumat hanya di hujung jari.

Bagaimanapun buku teks fizikal masih perlu, begitu juga buku teks digital seiring dengan peredaran zaman.

Ada baiknya buku teks fizikal dikekalkan bagi penggunaan di sekolah dan para pelajar tidak perlu membawanya balik.

Buku teks digital pula dapat disimpan dalam telefon pintar masing-masing.

Baca lain  Perlu buat saringan kanser

Mereka boleh muat turun dan simpan dalam alatan seperti telefon pintar, komputer riba atau komputer peribadi untuk kegunaan di rumah.

Jadi anak-anak tidak perlu mengusung merata-rata buku fizikal yang berat, selain tidak akan timbul isu buku tertinggal.

Sekiranya saiz buku digital dalam format pdf, ia tidaklah begitu besar.

Akhir sekali, kita mulakan langkah pertama untuk mendigitalkan pendidikan di Malaysia, di samping tidak melupakan buku teks fizikal.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru