ARTIKEL

Azizul Annuar Adenan ketika menyampaikan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini | Foto: Ramidi Subari

Cadang bina hospital baharu di Lundu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan menggesa agar Kerajaan Sarawak dan Persekutuan mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu di Lundu bagi memenuhi keperluan penduduk daerah tersebut.

Menurutnya, beliau bersama ADUN Opar, Billy Sujang, mengharapkan pembinaan hospital baharu di sebuah tapak yang sudah dikenal pasti itu dipertimbangkan bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa dan lengkap kepada komuniti setempat.

Beliau berkata, Hospital Lundu kini menghadapi masalah kepadatan pesakit dan berdepan kekurangan fasiliti serta peralatan lama yang perlu diganti.

“Saya berharap agar konsep pusat kanser yang dibangunkan dengan peruntukan awal daripada kerajaan negeri dapat diterapkan juga dalam pembinaan hospital ini.

“Dengan hospital yang lebih baik, perkhidmatan kesihatan di Lundu akan menjadi lebih komprehensif dan mampu memberikan kemudahan yang lebih selesa kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Di samping itu, Azizul turut mencadangkan agar satu perancangan dibuat untuk membina tanah perkuburan berpusat di daerah Lundu, meliputi tiga zon iaitu Sampadi, Lundu, dan Sematan.

Keperluan ini timbul katanya ekoran tanah perkuburan sedia ada semakin padat dan menghadapi isu hakisan di beberapa kawasan.

“Buat masa ini, terdapat dua tanah perkuburan Islam di Lundu, iaitu Mungguk Along di Kampung Seketi dan Tanah Perkuburan Stunggang berdekatan Lebuhraya Pan Borneo yang semakin padat.

“Begitu juga, tanah perkuburan di Zon Sampadi yang memerlukan kita untuk merentasi tanah persendirian orang lain untuk tiba ke tanah perkuburan kampung yang semakin lama semakin terhakis disebabkan lokasinya di tepi sungai.

“Justeru saya berharap pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Tanah dan Survei akan dapat mengenal pasti kawasan yang sesuai dan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk tujuan ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,