ARTIKEL

Cadang mansuh hukuman cubaan bunuh diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii akan mengemukakan cadang kepada Parlimen untuk memansuhkan hukuman kepada individu yang cuba membunuh diri.

Beliau berkata, usahanya itu adalah bagi menangani kebimbangan kes bunuh diri yang berlaku di negara ini.

Menurut Dr Kelvin, Seksyen 309 Kanun Keseksaan menetapkan hukuman penjara sehingga setahun termasuk denda terhadap individu yang cuba membunuh diri.

Katanya, undang-undang bunuh diri yang ‘kuno’ itu bukannya mencegah sebaliknya boleh
memberi kesan yang sangat negatif kepada individu terbabit.

“Ironinya, adalah orang ini berisiko akan cuba membunuh diri lagi pada masa depan. Mereka sepatutnya diberikan bantuan seperti psikoterapi, bukan dihukum,” katanya yang dihubungi semalam.

Sehubungan itu, Dr Kelvin berkata, dia akan bersama dengan beberapa Ahli Parlimen membentuk Kaukus Kesihatan Mental di Parlimen bagi mengubah dasar sedia ada itu.

Malah, katanya Kaukus Kesihatan Mental juga harus melibatkan pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan, Bank Negara, syarikat insuran dan lain-lain.

“Kaukus ini terbuka kepada Ahli Parlimen dan juga Adun dari kedua-dua pecahan politik, kita harus melupakan perbezaan bagi menolak dasar lama ini,” katanya.

Beliau menambah, ia termasuk menekankan pemulihan dan pembaharuan Pejabat Pendaftaran Bunuh Diri Malaysia yang telah dihapuskan sejak 2009 dan juga Pelan

Tindakan Strategik Pencegahan Bunuh Diri Malaysia yang tidak berfungsi sejak tahun 2017.
“Kita semua mempunyai tanggungjawab kolektif untuk menggalakkan kesejahteraan dan menghargai satu sama lain demi menangani isu penting ini,” katanya.

Di samping itu, Dr Kelvin berkata, syarikat insuran harus memperluaskan pelan perlindungan yang ditawarkan terhadap penyakit mentalam dalam polisi insurans kesihatan.

Katanya, ia untuk menyediakan akses yang lebih baik kepada perkhidmatan kesihatan mental walaupun di hospital swasta serta membantu menangani stigma mengenai kesihatan mental.

“Syarikat-syarikat insurans perlu turut serta. Pada Januari lalu, AIA Singapura melancarkan pakej pertama mereka untuk penyakit mental yang dikenali sebagai Penjagaan Kritikal

meliputi lima kumpulan gangguan yang berbeza iaitu ‘Major Depressive Disorder’ (MDD), skizofrenia, gangguan bipolar, Obsessive Compulsive Disorder (OCD) and ‘Tourette Syndrome’ (TS).

“Ini menunjukkan walaupun banyak kebimbangan yang dihadapi oleh syarikat-syarikat insuran, mereka sebenarnya mungkin dan boleh merancang pelan kesihatan mental,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan