ARTIKEL

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan – Aaron

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUNGAI PETANI: Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata inisiatif itu dilihat sebagai langkah yang baik dalam usaha menyemai semangat cinta akan negara sejak di peringkat awal perkembangan kanak-kanak.

Beliau berkata terdapat 781 Tabika Perpaduan membabitkan 34,654 murid di seluruh negara.

Pada Isnin, murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) mula memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah masing-masing.

Langkah tersebut melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi serta Institut Pendidikan Guru Malaysia, dengan objektif menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid dan warga pendidik.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU