CADAVER (2022) atau “mayat” ialah filem bergenre thriler misteri dengan konsep jenayah serta penyiasatan forensik yang cukup menarik dan berbaloi ditonton.
Dalam CADAVER, ahli patalogi dan forensik yang mahir menganalisa mayat Dr. Bhadra (lakonan Amala Paul) harus bekerjasama dengan Inspektor Vishal (lakonan Harish Uthaman) untuk menyiasat pembunuhan berprofi l tinggi melibatkan banduan bernama Vetri (lakonan Thrigun).
Lebih mengejutkan dalam kes yang disiasat mereka, satu per satu pembunuhan dan kematian yang mengerikan masih berterusan ketika Vetri masih berada di penjara.
Malah, semua mangsa pembunuhan itu berkait rapat antara satu sama lain dalam kes disiasat mereka.
Apabila keadaan menjadi semakin tidak terkawal, pihak atasan mengarahkan mereka berundur daripada menyiasat lebih lanjut.
Apakah kebenaran yang cuba disembunyikan?
Apakah kisah tentang Vetri ini sebenarnya di sebalik lokap itu?
Mampukah Dr. Bhadra dan Inspektor Vishal memecahkan kes yang rumit dan penuh misteri ini?
Boleh saksikan filem seram ini yang mula ditayangkan di Netfl ix pada 22 Oktober lalu.
Dibintangi barisan pelakon hebat seperti, Amala Paul, Harish Uthaman, Munishkanth, Riythvika, Thrigun, Athulya Ravi, Ravi Prakash, Nizhalgal Ravi dan Velu Prabhakaran.



