KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) sudah mengenalpasti calon berpotensi untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Baleh, susulan kematian penyandangnya Tan Sri James Jemut Masing hari ini.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum berkata belum dapat mengumumkan nama calon berkenaan kerana ia belum dimuktamadkan.
“Jadi kami telah meminta jawatankuasa bahagian untuk mengadakan mesyuarat segera dan mengemukakan cadangan kepada kami.
“Dalam kes ini satu nama sudah memadai tetapi kalau mereka memberikan dua nama, kami akan menilai kedua-dua nama itu,” katanya ketika ditemu-bual selepas mempengerusikan mesyuarat PRS di ibu pejabat PRS di sini, hari ini.






