ARTIKEL

Calon muda, calon tua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

P.PRABAKARAN, pemegang rekod calon termuda dalam sejarah pilihan raya Malaysia dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen Ke-14 pada 2018, ketika baru berusia 22 tahun. Beliau memenangi Kerusi Parlimen P.115 Batu, Kuala Lumpur atas tiket Bebas, yang kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Prabakaran meraih 38,125 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr Dominic Lau Hoe Chai (13,687), calon PAS, Azhar Yahya (10,610) dan calon Bebas, Datuk V M Panjamothy (383).

Sebelum itu, rekod calon termuda milik mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memenangi kerusi Parlimen P071 Pekan, Pahang (1978) pada usia 23 tahun. Beliau yang mewakili BN, meraih 13,876 undi, mengatasi calon PAS, Mohamaed Rusdi Arif (4,343). Najib menang dengan majoriti, 9,533 undi. Beliau menjadi Perdana Menteri ketika berusia 55 tahun.

Sementara itu, di peringkat dunia menyaksikan Gabriel Raimondo menjadi tumpuan global pada Jun lalu apabila dipilih sebagai ahli Parlimen (Timbalan bagi St Brelade) di Kepulauan Channel (Jersey) pada usia 18 tahun, hanya 10 hari selepas meraikan hari lahir ke-18.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sarawak Ke-12 pada 2021 menyaksikan, calon PKR kerusi N.11 Batu Lintang, Cherishe Ng Phuay Hui sebagai calon termuda, berusia 24 tahun, bersama-sama calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), kerusi N.56 Nangka, Olivia Lim Wen Sia, juga 24 tahun. Kedua-duanya mengatasi rekod Leslie Ting Zhi Xiang (DAP), 25, di DUN N.17 Stakan dalam PRU DUN Sarawak Ke-11, pada 2016.

Dalam PRU Melaka Ke-16 yang akan berlangsung pada 17 November ini menyaksikan parti Gabungan Pakatan Harapan (PH) – Parti Amanah (Amanah), mempertaruhkan calon termuda, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 24, untuk kerusi DUN N01 Kuala Linggi.

Bagaimana pula dengan calon tertua? Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berusia 96 tahun ketika menjadi calon parti PEJUANG di Parlimen Langkawi dalam PRU-15 pada 2022. Agak malang bagi Tun M

apabila sekadar menduduki tangga keempat daripada lima calon yang bertanding. Beliau turut hilang wang deposit. Ketika itu, ia dimenangi calon Pakatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang meraih 25,453 undi, manakala Tun M hanya meraih 4,566 undi.

Sementara itu, Tok Mun (Maimun Yusuf) berusia 94 tanun ketika mewakili calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU-13 pada 2013. Pada PRU 2023, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), M.S. Ravinder Singh bertanding di DUN Pantai Jerejak pada usia 80 tahun.

Apa ada pada usia? Setiap kali menjelangnya pilihan raya, faktor usia calon sentiasa diambil kira, terutama bagi parti pemerintah yang sentiasa mengukuhkan parti daripada satu pilihan raya kepada pilihan raya yang lain.

la juga bagi mengimbangi peratusan calon secara keseluruhan, perlu ada kombinasi senior dan junior untuk meneruskan kelangsungan parti, agar lebih segar, bertenaga dan berpengalaman, seiring tuntutan semasa.

Dalam konteks ini, pemimpin tua perlu memberi laluan kepada pemimpin muda untuk menabur bakti. Namun ia sangat bergantung kepada prestasi calon, terutama sokongan peringkat akar umbi.

la kerana ada calon senior yang telah pun berkhidmat lebih daripada tiga penggal masih diperlukan, kerana sangat disenangi rakyat di kawasannya. Misalnya kerap turun padang, mesra dan sentiasa mendengar keluh-kesah rakyat, dan lebih penting, menunai janji yang ditabur. Dengan adanya ciri-ciri ini agak sukar bagi parti untuk menggantikan calon tersebut dengan muka baharu.

Namun hakikatnya perlu ada sejumlah calon muda, sama ada lelaki atau wanita, dalam setiap pilihan raya, sebagai pemimpin pelapis.

Jika tidak, kita akan ketandusan generasi pemimpin harapan untuk menghadapi era baharu, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun datang.

Ibarat sebuah pasukan bola sepak antarabangsa yang bermain dalam Piala Dunia yang berlangsung sekali dalam tempoh empat tahun. Mesti ada sekelompok pemain muda, sekurang-kurangnya berusia 21 tahun ke bawah.

Juara dunia lima kali, Brazil misalnya, mempunyai pemain termuda pada Piala Dunia 1958, Pele yang baru berusia 17 tahun. Beliau menyumbang kejuaraan pada tahun tersebut dan pada 1962 dan 1970.

Manakala legenda Argentina, Diego Maradona menyertai pasukan kebangsaan pada usia 16 tahun. Ronaldo Nazario pula menyertai Brazil pada usia 17 tahun, berbanding Lionel Messi, yang menyarung jersi Argentina pada usia 18 tahun.

Kini majoriti penyandang daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) menanti penuh debar, menunggu pengumuman, sama ada dikekalkan atau sebaliknya, untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13. Begitu juga dengan muka

baharu berpotensi, tidak senang duduk, menunggu nama, sama ada dinaikkan atau sebaliknya.

Lapan penyandang kekal

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan sekitar lapan penyandang akan kekal. Mereka ialah Datuk Ibrahim Baki (Satok), Datuk Fazzrudin Abdul Rahman (Tupong), Datuk Hamzah Ibrahim (Stakan), dan Datuk Martin Ben (Kedup) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Manakala empat lagi daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian (Batu Kawah), Wilfred Yap (Kota Sentosa), Datuk Lo Khere Chiang (Batu Kitang) dan Datuk Ding Kuong Hiing (Meradong).

Pada masa yang sama, ada penyandang senior berkaliber yang bersedia untuk memberi laluan kepada muka baharu. Misalnya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang bersedia melepaskan kerusinya di N12 Asajaya sekiranya tidak dicalonkan semula. Karim yang juga Ketua Penerangan PBB telah pun berkhidmat selama lima penggal (25 tahun).

“Jika parti dan rakyat di kawasan masih merasakan khidmat saya diperlukan, maka kita tidak boleh menolak. Namun, saya tetap bersedia untuk menyerahkan kerusi sekiranya itu keputusan parti,” ujar Karim.

Abang Johari menggariskan tiga kriteria utama yang menjadi teras dalam proses saringan calon, merangkumi prestasi dan rekod kerja, maklum balas akar umbi dan faktor usia serta kesihatan.

la bagi menilai sumbangan calon di kawasan yang diwakili serta sejauh mana dasar-dasar Kerajaan Negeri berjaya diimplementasikan di peringkat akar umbi. GPS turut memanfaatkan data, yakni

laporan perisikan politik, kaji selidik komuniti, dan penerimaan masyarakat setempat bagi memastikan calon yang benar-benar disukai rakyat, bukan sekadar pilihan elit parti.

la juga mengambil kira keupayaan fizikal calon untuk berkhidmat sepanjang penggal lima tahun akan datang, memandangkan bentuk geografi Sarawak yang luas, dan memerlukan stamina tinggi.

Tiga penanda aras ini membuktikan bahawa politik Sarawak sedang bergerak ke arah profesionalisme dan meritokrasi yang ketat. Proses ini penting bagi menapis calon-calon yang sekadar mahu mempertahankan kerusi atas dasar senioriti semata-mata, sekali gus membuka laluan kepada pembaharuan yang lebih dinamik. Dalam PRU Ke-12 pada 2021, GPS mengemukakan 24 muka baharu daripada 82 calon, atau sekitar 29 peratus, agak seimbang dalam konteks pemimpin tua dan muda.

Hakikatnya, pemlihan calon muda kali ini berkait rapat dengan daftar pemilih, yang menyaksikan hampir 40 peratus pengundi muda di negeri ini, iaitu pengundi berusia 18 tahun. Kuasa undi golongan ini, dilihat sebagai penentu penting yang boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya walaupun dengan margin kemenangan tipis.

Generasi ini tidak lagi terikat dengan politik naungan tradisional, sebaliknya, menuntut jaminan peluang pekerjaan berimpak tinggi bagi graduan, kemudahan infrastruktur digital, serta akses pendidikan berkualiti di kawasan masing-masing, termasuk di kawasan pedalaman seperti Song dan Kapit. Untuk mendekati mereka, parti politik memerlukan calon hampir sebaya dan faham akan denyut nadi generasi digital ini.

Realitinya, segalanya terpulang kepada pengundi untuk bijak memilih calon daripada parti yang sudah pun banyak menabur bakti, ada misi, visi yang jelas, serta kepemimpinan diiktiraf, bukan sekadar di peringkat nasional, tetapi juga di persada antarabangsa.

BERITA LAIN

Cita-cita mahu jadi Premier Sarawak

TIDAK salah berjiwa besar. Tidak salah bercita-cita tinggi. Malah, dalam politik, cita-cita untuk menduduki kerusi tertinggi adalah sebahagian daripada lumrah perjuangan. Angan-angan pula percuma. Sesiapa

Momen yang dirindui

SETIAP kali tiba musim pilihan raya, saya selalu teringat pengalaman membuat liputan kira-kira 25 tahun lalu. Ketika itu, saya masih muda dan ditugaskan membuat liputan

BERITA TERBARU