ARTIKEL

ukee

Cara indah hargai orang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KETIKA lepak santai-santai sambil minum teh panas di sebuah kedai makan, perbualan kami lepasan sekolah menengah di Kuching rancak tentang kejadian banjir kilat melanda Kuching, baru-baru ini.

Masing-masing kami empat orang ada cerita yang tersendiri tentang banjir. Letih memang letih — setiap tahun menghadapi situasi yang sama.

Letih untuk membasuh rumah setiap kali lepas air surut dan ada yang letih membeli perabot baharu.

“Nak beli perabot baharu bukan masalah sangat tetapi tekanan air rendah amat melambatkan aku nak cuci rumah,” jelas rakan penulis yang tidak dapat tidur malam jika hujan lebat berterusan.

Rakan yang seorang lagi pula menyambung:

“Sudah lama menghadapi situasi sama (banjir kilat). Air naik sampai tahap satu kaki.

Jadi, tiada cara lain terpaksa minta adik aku perlahan-lahan ubah suai rumah.”

Dia minta adiknya menembok tanah atau batu dan kemudian disimen di dalam rumah sekurangkurangnya sekaki tinggi.

Ketinggian rumah juga perlu dinaikkan lagi.

“Tidak kisah untuk keluarkan modal ubah suai rumah.

Ini demi emak dan bapa aku agar tidak risau jika hari hujan lebat berterusan,” jelasnya lagi.

Rancak kami berbual-bual, timbul perkataan “terima kasih”.

Perbincangan menjurus pula kepada kepentingan mengucapkan terima kasih atas bantuan serta sokongan orang jika berlaku banjir.

Rakan penulis yang bertahuntahun berdepan banjir kilat luar jangka mulakan bicara.

Ada jiran yang hanya akan memerhati tanpa ada usaha untuk membantu walaupun banjir tidak menjejaskan rumahnya — dibina tinggi.

“Bukan nak bantu, nak ucap terima kasih atas pertolongan aku mengatur banyak hal pun tiada ucapan terima kasih!”

MURNIKAN HATI

Seorang lagi rakan penulis menenangkan hati rakan tadi yang agak kecewa.

Nampak jelas di wajahnya perasaan kesal.

“Sudah lah bro, biarkan saja.

Tak payah nak fikir sangat. Bantulah tapi jangan pula nak harapkan ucapan terima kasih daripada orang.” “Yang penting kita ikhlas nak bantu.

Selebihnya serah kepada Allah,” nasihatnya lagi. Untuk mengucapkan terima kasih perlu ada rasa ikhlas dari hati.

Memang benar ia akan membekas di hati jika sumbangan atau bantuan tidak dihargai, tetapi biarkan sahaja. Nasihat rakan yang seorang lagi.

“Macam aku, aku tidak peduli sangat ucapan terima kasih daripada orang yang aku pernah tolong.

Serah kepada Allah.

Yang penting tenangkan hati kita, murnikan hati kita. Jadi kita tidak akan sakit hati!”

Nasihat demi nasihat diluahkan.

Memang benar agak sukar untuk mengucapkan terima kasih?

Ada benar dan ada juga tidak benarnya.

Pun demikian, walaupun hanya dua perkataan, seolah-olah ia dianggap terlalu eksklusif untuk diucapkan.

Mungkin hanya untuk orang tertentu.

Sebenarnya, ucapan terima kasih akan membekas di hati penerima ucapan.

Mampu membuatkan orang lain menguntum senyum atas penghargaan walaupun hanya dengan ucapan terima kasih.

Tidak perlu berikan hadiah.

Di kedai makan misalnya, pelayan yang menghantar makanan akan menguntum senyum jika pelanggan mengucapkan terima kasih atas kerjanya.

Walaupun ia kerja hakiki tetapi mereka juga perlu dihargai dengan ucapan terima kasih.

Situasi kedua, ketika kita keluar dari kedai makan.

Apa perasaan kita apabila sebelum keluar dari kedai makan, setiap seorang pekerja itu mengucapkan “terima kasih bang/ kakak, datang lagi” ya.”?

Kita juga akan tersenyum sambil mengucapkan: “Sama-sama, insyaAllah”.

Kita juga akan tersenyum jika dilemparkan ucapan terima kasih yang hanya disebabkan kita singgah dan menjamu selera di kedai berkenaan.

SUKAR UCAP TERIMA KASIH

Hanya orang tertentu berasa sulit untuk mengucapkan terima kasih.

Pertama, kerana bangga diri dan ego. Semacam kebergantungan kepada orang lain sebagai kelemahan diri.

Kedua, bukan perkara biasa diamalkan.

Orang yang tidak biasa mengucapkan terima kasih mungkin canggung untuk melakukannya.

Ketiga, kurang kesedaran pentingnya mengucapkan terima kasih atau bagaimana ia dapat mempengaruhi hubungan interpersonal.

Untuk mengatasi kesulitan mengucapkan terima kasih, fahami nilainya dalam membangun hubungan yang sihat dan memberikan apresiasi kepada orang lain atas sumbangan atau bantuan mereka.

INTERAKSI SOSIAL

Barack Obama, bekas Presiden Amerika Syarikat ada menerangkan tentang ucapan terima kasih: “Ketika kita memberikan dengan tulus, kita menerima dengan baik.

Mengucapkan terima kasih adalah cara sederhana, namun baik untuk menghargai mereka (orang lain).”

Sementara Mahatma Gandhi pula berkata: “Kebahagiaan sejati adalah ketika apa-apa yang anda katakan, apa-apa yang anda fikirkan, dan apa-apa yang anda lakukan selaras satu sama lain.

Mengucapkan terima kasih adalah cara yang indah untuk menghormati kerja keras dan dedikasi orang lain.”

Mengucapkan terima kasih ialah bahagian penting dalam proses komunikasi dan interaksi sosial yang sihat.

Ketika mengucapkan terima kasih kepada seseorang, itu menunjukkan kita menghargai dan mengakui sumbangan atau bantuan yang mereka berikan.

Hal ini dapat membuatkan mereka (orang membantu) berasa dihargai.

Seterusnya bermotivasi untuk terus membantu atau pada masa depan.

Ucapan terima kasih juga dapat memupuk hubungan yang positif kerana ia cara sederhana untuk membangunkan hubungan baik dengan orang lain.

Seterusnya amat membantu dalam memperkuatkan lagi hubungan emosional serta berkomunikasi.

Perlu disedari juga, mengucapkan terima kasih antara contoh positif untuk diikuti orang lain.

Dalam konteks tempat bekerja, ucapan terima kasih juga mampu mencipta lingkungan kerja dengan aura positif. Ini dapat memperkuatkan lagi kerjasama berpasukan, meningkatkan motivasi, dan menciptakan budaya sihat.

Mengucapkan terima kasih juga dapat menyejahterakan mental kita

. Tindakan baik dengan mengungkapkan apresiasi penghargaan (terima kasih) kepada orang lain dapat meningkatkan rasa bahagia dan kepuasan peribadi.

Secara keseluruhannya, mengucapkan terima kasih adalah cara yang sederhana, namun lebih besar dapat meningkatkan hubungan interpersonal, mencipta lingkungan positif, meningkatkan kesejahteraan mental, baik untuk diri sendiri mahupun orang lain.

Jadi, budayakan suka mengucapkan terima kasih walaupun untuk hal yang kecil.

BERITA LAIN

Tradisi Aidilfitri yang hilang

TIDAK dapat dinafikan semakin moden dan membangun sesebuah negara, maka semakin terkorban tradisinya. Malah semakin berkembang teknologi, maka semakin tersisih budaya yang pernah menjadi pegangan

Kosong-kosong

ESOK, umat Islam seluruh Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Maka berakhirlah perjuangan sebulan Ramadan. Syawal tiba sebagai hadiah kepada umat Islam yang berjaya menempuh

Lempar batu, sembunyi tangan

APAKAH yang mengecewakan anda sebagai rakyat Malaysia ketika ini? Adakah pertumbuhan ekonomi yang perlahan, pendapatan yang rendah, peningkatan inflasi atau kos sara hidup yang tinggi? Atau

Resolusi 2728

KETIKA Dewan Keselamatan PBB menyetujui resolusi menuntut gencatan senjata segera dikuat kuasa di Gaza, lebih 33,000 rakyat Palestin sudah pun terbunuh dengan hampir 76,000 cedera

Jangan mudah tergoda

TINGGAL beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pusat beli-belah kini menjadi tumpuan. Suasana juga begitu sibuk. Setiap tahun kita dapat lihat

Hidup ini keras

PADA pagi Rabu, saya menempah tukang bersih rumah yang diperkenalkan oleh sahabat. Seorang ibu tunggal berusia 34 tahun dan anak perempuan berusia 14 tahun. Apabila

BERITA TERBARU