ARTIKEL

Cara pantas bakar kalori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Mohamad Syazuan Ideris atau nama pentasnya Zin TM One mendedahkan, disebabkan minat dan dorongan rakan, dia menyertai zumba dan menjadi tenaga pengajar.

“Pada 2014, saya menyertai zumba ini sekadar suka-suka disebabkan adanya program kesihatan dari Pejabat Belia dan Sukan Mukah.

“Atas dorongan dan minat, saya mengambil keputusan mengambil lesen pada 2015 dan sejak itu, saya bergiat aktif dalam zumba.

“Setahun selepas mendapatkan lesen, saya membuka studio zumba yang dinamakan sebagai One Team Crew (OTC) Fitness Studio di Mukah,” jelasnya.

KOMUNITI

Dedahnya, dia juga membawa zumba dalam komuniti melalui program yang dianjurkan di sekitar kawasan Mukah sejak bermula 2018 sehingga kini.

“Pada 2018, kami menyertai Hari Sukan Negara dan ‘Zumba Party 90 Minutes’.

“Pada 2019, terlibat sama semasa Bulan Sukan Negara dan Zumba Kaul 90 Minit.

Pada 2022, mengikuti Senaman Program Penanaman Pokok, Zumba Kaul dan Senam Cergas Komuniti 2022.

“Manakala, pada tahun ini, kami menyertai Stay Fit @ Learn Zumba, Program Senaman Zumba Daro, Senaman Unity Ride @ Walk, Zumba Minit Regatta Matu, Zumba Pesta Daro, Zumba Sarawak Xtive, Aerodance Saief Fiesta dan Senam Cergas Komuniti 2023 yang diadakan setiap Rabu di Dataran Pehin Setia Raja Mukah,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, OTC Fitness Studio juga menyediakan kelas zumba setiap Isnin hingga Jumaat pada 6 petang hingga 7 petang dengan bayaran RM10.

Manakala, pada Sabtu dan Ahad, mereka mengadakan kelas di Tapak Pesta Kaul bermula 5.30 petang hingga 6.30 petang dengan kadar bayaran RM10.

Syazuan turut berkongsi cabaran dihadapinya sebagai pengajar zumba.

Antaranya persepsi masyarakat yang menganggap pengajar zumba lelaki lembut dan zumba untuk golongan wanita sahaja.

“Lama-kelamaan, setelah kerap dijemput oleh badan bukan kerajaan (NGO) untuk membuat senaman ini, masyarakat dapat menerima zumba.

BERSENAM

“Alhamdulillah, sambutan orang ramai di sekitar kawasan Mukah juga sangat menggalakkan dan NGO turut menjemput sekiranya ada program yang melibatkan senaman pemanasan badan,” katanya.

Pada masa yang sama, dia berkongsi tip menyertai zumba iaitu beranikan diri, minat dalam bersenam kerana ia satu cara pantas untuk membakar kalori dan jangan malu kerana kita bersenam untuk diri sendiri, bukan orang lain.

“Saya berharap agar aktiviti senaman zumba ini dapat diteruskan dan diterima oleh masyarakat pelbagai lapisan umur.

“Sekiranya ingin menyertai zumba, tetapi tidak mempunyai kemahiran, jangan risau kerana kami dapat mengajar sehingga pandai di samping menambah kenalan semasa kelas tersebut,” tambahnya.

Justeru, sesiapa yang berminat menyertai OTC Fitness Studio, boleh menghubungi talian 014- 2083004 dan layari Facebook OTC Fitness Studio….

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU