ARTIKEL

Cari penyelesaian segera atasi masalah liputan internet di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Komunikasi dan Digital sedang meneliti beberapa perkara untuk mencari langkah penyelesaian segera berhubung masalah liputan internet di Sarawak.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata, ia termasuk menyelesaikan masalah menara telekomunikasi tanpa prasarana lengkap di seluruh kawasan parlimen negeri ini.

Menurutnya, ia merupakan antara agenda utama perbincangannya dalam kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, semalam.

“Saya difahamkan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) sedang memasang lebih 600 menara di Sarawak, tetapi kurang separuh daripadanya mempunyai operator telekomunikasi yang telah beroperasi.

“Sebahagian daripada menara ini terletak di kawasan yang mempunyai liputan 4G, tetapi selebihnya tidak memiliki capaian internet tersebut.

“Jadi kita sedang meneliti beberapa ikhtiar untuk segera menyelesaikan masalah ini termasuk memanggil mana-mana syarikat telekomunikasi untuk memberikan arahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat bilik media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Tambahnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh meminta atau memberi arahan kepada pengendali rangkaian mudah alih atau syarikat telekomunikasi untuk menyediakan perkhidmatan.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

Getah sekerap Sarawak RM3.90 sekilogram

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks tidak diaktifkan di seluruh negara pada Oktober ini.