ARTIKEL

Aksi emas Cassandra Lavigne dalam kategori senaman lantai acara gimnastik artistik wanita di Pusat Konvensyen Serian, sebentar tadi.

Cassandra Lavigne, heroin Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Atlet gimnastik, Cassandra Lavigne Shelden muncul sebagai ‘heroin’ Sarawak apabila bukan sahaja menghadiahkan emas terakhir untuk kontinjen negeri, malah meletakkan tuan rumah sebagai juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 2024.

Emas yang dimenangi Cassandra melalui kategori senaman lantai acara gimnastik artistik wanita pada aksi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Serian itu sebentar tadi, turut membuatkan kontinjen Wilayah Persekutuan akur di tempat kedua apabila hanya kekurangan satu pingat emas.

Dengan sukan gimnastik yang paling akhir menamatkan saingan daripada keseluruhan 488 acara yang dipertandingkan dalam temasya kali ini, ia sekali gus mengesahkan kedudukan Sarawak dengan mengumpulkan 76 pingat emas, 54 perak dan 68 gangsa.

Kejayaan itu turut menamatkan penantian selama 30 tahun untuk Sarawak bergelar juara SUKMA, selepas kali terakhir pada 1994.

Sebelum itu, kontinjen Sarawak pernah muncul juara keseluruhan pada 1990 dan 1992.

Manakala, kontinjen Wilayah Persekutuan yang menjadi pencabar utama Sarawak muncul naib juara dengan 75 pingat emas, 66 perak dan 78 gangsa.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Selangor dengan 55 pingat emas, 64 perak dan 58 gangsa.

Temasya SUKMA 2024 akan melabuhkan tirainya setelah 14 hari menyaksikan atlet muda bersaing dalam 37 jenis sukan yang dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain menghimpunkan lebih 12,000 atlet dan pegawai.

Upacara penutupan yang berlangsung di Stadium Perpaduan di sini, malam ini dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Gelaran olahragawan dan olahragawati SUKMA 2024 selain juara keseluruhan temasya dwitahunan kebangsaan itu juga akan diumumkan, malam ini.

Upacara malam ini dihangatkan dengan persembahan pembukaan ‘Sporty Dance’ melibatkan 230 pelajar sekolah rendah dan persembahan kebudayaan Selangor selaku tuan rumah edisi 2026.

Selain itu, penyanyi terkemuka Bob Yusof yang juga anak jati Sarawak, kumpulan De’Fam serta ratu rock Ella akan membuat persembahan dan mendendangkan lagu keramat, Standing In The Eyes Of The World.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi