ARTIKEL

Cerita pesakit lawan kanser

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Advokasi dan Kesedaran Kanser (SCAN) Kuching melancarkan buku panduan dalam bahasa Malaysia dan Mandarin untuk pesakit kanser, semalam.

Buku berjudul Anda Ada Kanser? Apa Yang Anda Boleh Lakukan merupakan penerbitan kedua selepas yang pertama dalam bahasa Inggeris berjudul So You Have Cancer – What Now? pada Julai tahun lepas.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, penerbitan buku tersebut dilakukan sendiri oleh bekas pesakit dan penjaga mereka.

“Buku ini menceritakan perjalanan peringkat kanser dan strategi untuk membantu pesakit dalam menempuh serta menguruskan kehidupan mereka semasa berjuang melawan kanser.

“Buku panduan ini turut memaparkan cerita peribadi mereka yang telah berjuang dengan kanser.

“Malah buku tersebut bertujuan untuk membantu keluarga, sahabat dan masyarakat yang prihatin terhadap kanser, belajar mengenai penyakit dan mengadaptasi serta mengatasi perjalanan kanser,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku panduan SCAN kanser dalam bahasa Malaysia dan Mandarin di Bangunan Baitul Makmur II di sini, semalam.

Buku tersebut dijual dengan harga RM15. Mereka yang berminat untuk membeli buku itu boleh menghubungi Helpline SCAN di talian 082-387077 atau menghantar pesanan terus di laman Facebook SCAN di fb.com/scankch.

Semua hasil tersebut akan digunakan untuk membiayai inisiatif berterusan berkenaan kanser, memajukan penyelidikan kanser, meningkatkan kualiti rawatan kanser atau menangani masalah perundangan dan peraturan yang mempengaruhi rawatan dan penyelidikan kanser di Sarawak serta Malaysia Penasihat SCAN Datin Dayang Mariani Abang Zain mendedahkan persatuan itu menyediakan perkhidmatan sokongan kaunseling secara percuma kepada pesakit kanser di talian 082-387077, dua kali dalam seminggu bermula dari jam 2 petang setiap Selasa dan Jumaat.

Untuk itu Fatimah berkata, usaha itu penting untuk membolehkan persatuan berkongsi maklumat dan memberi panduan kepada pesakit kanser berjuang dalam perjalanan kanser.

Dalam perkembangan lain, SCAN mendedahkan mereka membatalkan walkaton Work With Me For Cancer Awareness 2.0 (WWME 2.0) susulan penularan pandemik Covid-19.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan