ARTIKEL

Chicory berakar panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Chicory atau nama saintifiknya Cichorium intybus ialah tumbuhan saka berbunga biru dari keluarga Asteraceae. 

Ia berasal dari Eropah dan ditanam meluas di Belanda, Belgium, Perancis, Jerman dan Amerika Utara. 

Chicory juga dikenali sebagai blue daisy, blue dandelion, blue sailors, blue weed, bunk, coffeeweed, cornflower, hendibeh, horseweed, ragged sailors, succory, wild bachelor’s buttons dan wild endive.  

Ia tumbuh sepanjang tahun dan boleh mencapai ketinggian sehingga 170 sentimeter.

Ia banyak ditemui di ladang dan kawasan terbiar. 

Chicory mempunyai akar panjang yang mampu tumbuh jauh di dalam tanah.

Berikutan itu ia dapat hidup segar di cerun atau di kawasan yang tidak dapat ditumbuhi tumbuhan lain.   

Daun chicory bertangkai dan bunganya berwarna biru muda, putih atau merah jambu dan selebar 3.8 sentimeter. 

Daun dan bunga chicory yang masih muda boleh dimakan begitu sahaja, dijadikan sayur atau dicampur dalam salad. 

Akarnya direbus dan dimakan dengan mentega, selain boleh dipanggang dan dikisar atau ditumbuk halus sebagai pengganti kopi.  

Baca lain  KEISTIMEWAAN RAMADAN

Dari segi kesihatan, chicory dapat membantu membersihkan darah dan meningkatkan kesihatan hati. 

Tumbuhan ini juga ditanam sebagai makanan ternakan atau tanaman herba untuk lembu.

BERITA LAIN

Terus budaya baca al-Quran

SETIAP kali Ramadan, kita lihat ramai mengikuti kumpulan tadarus al-Quran sehingga berjaya khatam. Semangat ini sangat baik untuk diteruskan walaupun Ramadan berlalu. Firman Allah dalam

Yayasan Ikram Miri santuni asnaf

MEMBAWA semangat prihatin dan mengingati golongan memerlukan, Yayasan Ikram Miri melancarkan program sumbangan pek Ramadan bertujuan membantu murid daripada golongan asnaf. Melalui sumbangan tersebut, penerima

Pendarahan teruk apabila luka

Memandangkan hemofilia ialah penyakit sejak lahir dan biasanya diwarisi, ia dikatakan terjadi melalui gen atau baka ibu bapa yang mempunyai warisan genetik kromosom X. Oleh

Hemofilia perlu kesedaran awam

SAMBUTAN Hari Hemofilia pada 17 April setiap tahun dilakukan sejak 35 tahun lalu bermula pada 1989. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hemofilia ialah penyakit yang

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh