ARTIKEL

Menteri Luar China Wang Yi pada sidang akhbar di Beijing, China, pada 5 Sept 2024. — Foto oleh Xinhua/Chen Yehua | Bernama

China seru keselamatan operasi saluran paip gas Asia Tengah–China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: China percaya adalah penting untuk mengukuhkan kerjasama tenaga dengan Uzbekistan dan memastikan keselamatan operasi saluran paip gas Asia Tengah-China, lapor Sputnik memetik Menteri Luar China Wang Yi.

“Adalah penting untuk mengukuhkan kerjasama tenaga bagi memastikan bekalan gas yang stabil dari Uzbekistan ke China serta kelancaran operasi saluran paip gas Asia Tengah-China,” kata Wang dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Uzbekistan, Bakhtiyor Saidov di China.

Menteri China itu turut menyatakan bahawa 90 peratus projek kerjasama pelaburan keutamaan yang dikenal pasti oleh kedua-dua pihak tahun lepas telah dilaksanakan.

Beliau menambah bahawa kerjasama antara wilayah kedua-dua negara semakin berkembang pesat.

“Kita perlu merebut peluang untuk mengembangkan dan mengukuhkan kerjasama dalam bidang utama serta meningkatkan pemodenan perjanjian perdagangan bebas dua hala bagi mewujudkan keadaan untuk memperluas dan meningkatkan kualiti perdagangan antara kedua-dua negara,” kata Wang.

Diplomat tertinggi China itu juga menekankan keperluan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan bagi memerangi keganasan, ekstremisme, pemisahan dan jenayah terancang rentas negara.

Kedua-dua menteri itu bertemu di luar Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah kelima di bandar Chengdu di barat daya China pada Ahad. — Bernama

BERITA LAIN

Udara bersih satu kemewahan

UNTUK sekadar berjoging, ada yang kini terpaksa melupakan taman rekreasi dan berlari di dalam pusat beli-belah. Itulah yang berlaku kepada sebahagian pelari di Singapura dan

Demonstrasi Gen Z Jerman cetus keganasan

**Teks:** FRANKFURT: Perusuh berpotong yang menjarah premis perniagaan di bandar Frankfurt, Jerman susulan demonstrasi besar-besaran berlarutan sejak Sabtu di seluruh negara itu kini bertukar menjadi

BERITA TERBARU