ARTIKEL

Chong akui janji palsu punca kekalahan PH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) tidak akan menggunakan isu kaum dan agama untuk memenangi sebarang pilihan raya, termasuk pilihan raya negeri.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chien Jen semalam berkata, taktik berkenaan yang sering digunakan oleh Umno dan PAS bukan sahaja tidak sihat, tetapi berbahaya untuk negara.

Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak mendakwa antara punca PH kalah di Semenyih dan Cameron Highlands ialah isu kaum dan agama yang dimainkan BN dan PAS terbabit yang bekerjasama dalam pilihan raya itu.

Dalam pilihan raya kecil (PRK) berkenaan, calon BN menewaskan PH.

“Isu agama dan kaum memainkan peranan untuk mempengaruhi pola pengundian, dan menentukan kemenangan,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat DAP semalam.

Chong mengakui bahawa kekalahan di dua kerusi terbabit merupakan amaran kepada kerajaan PH.

“Kami menghormati keputusan pengundi, dan menerima kekalahan itu yang seharusnya menjadi peringatan dan amaran kepada PH di peringkat nasional dan negeri,” ujarnya.

Dalam PRK itu calon BN Zakaria Hanafi merampas kembali kerusi daripada PH. Beliau meraih 19,780 undi berbanding calon PH Aiman Zainali yang memperoleh 17,866 undi.

Manakala calon Parti Sosialis Malaysia Nik Aziz Afiq Abdul mendapat 846 undi dan calon Bebas Kuan Chee Heng hanya 725 undi,

“Anda boleh kalah jika tidak memperlihatkan prestasi baik,” akui Chong.

Beliau turut  mengakui antara punca kekalahan itu ialah janji dalam manifesto PRU lalu yang tidak dikotakan.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston