ARTIKEL

Ketua Jurulatih Malaysia Peter Cklamovski bersama ketua pasukan Malaysia Dion Cools dan rakan sepasukan meraikan kemenangan selepas perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Cklamovski Puji Semangat Berpasukan Harimau Malaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Kebangsaan Peter Cklamovski memuji semangat berpasukan anak buahnya selepas menundukkan Laos 5-1 dalam aksi keempat Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Beliau berkata walaupun memberikan gol pendahuluan kepada Laos pada babak pertama, namun para pemain telah mempamer kebangkitan menerusi kepelbagaian penyudahan yang sempurna.

“Ia satu cabaran yang baik, saya beri pujian kepada para pemain. Terus fokus dan percaya dengan corak permainan kita.

“Separuh masa pertama sedikit tumpul dengan pemain Laos pula terus berusaha,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Laos Ha Hyeokjun mengakui kualiti dimiliki skuad Harimau Malaya selain menyifatkan pasukan lawan lebih baik daripada pelbagai sudut.

“Kami bermain mengikut perancangan pada separuh masa pertama, tetapi hilang fokus pada babak kedua sehingga akhirnya tewas 5-1.

“Saya percaya para pemain telah menunjukkan peningkatan sepanjang perlawanan, namun berbanding Malaysia, mereka memiliki liga yang lebih berkualiti,” katanya.

Pada aksi di hadapan lebih 18,000 penonton malam ini, Malaysia menampilkan kebangkitan bergaya pada separuh masa kedua untuk mencatat kemenangan 5-1 ke atas Laos pada perlawanan keempat Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kemenangan ke atas Laos menyaksikan pasukan negara mengekalkan rekod tanpa kalah selepas empat perlawanan untuk mendahului saingan kumpulan dengan mengumpul 12 mata, diikuti Vietnam di tempat kedua (sembilan mata), Laos ketiga (tiga mata) dan Nepal tercorot tanpa sebarang mata.

Selepas ini, Malaysia dijadual bertemu Nepal pada 18 Nov dan akan menamatkan saingan kumpulan menentang Vietnam di Hanoi pada Mac tahun depan.- BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan