ARTIKEL

COVID-19: Malaysia kembali catat sifar kes penularan tempatan – KP Kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Malaysia kembali mencatat sifar kes penularan di dalam negara atau penularan tempatan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata hanya tiga kes baharu yang dilaporkan hari ini iaitu kes import dalam kalangan rakyat Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,677 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 70 kes dan mereka telah diasingkan untuk diberi rawatan.

“Sehingga kini terdapat dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, semalam.

Pada 1 Julai Malaysia berjaya mencatat kes harian COVID-19 yang terendah iaitu dengan hanya satu kes baharu sepanjang gelombang kedua pandemik itu serta tiada kes yang mendapat jangkitan dari dalam negara iaitu penularan tempatan, sama ada dalam kalangan warganegara Malaysia mahupun bukan warganegara.

Dr Noor Hisham berkata tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia kekal 121 kes bersamaan 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes kematian.

Selain itu katanya, lima kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dengan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah didiscaj daripada wad adalah 8,486 kes. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil