Covid-19: Satu lagi kluster baharu hari ini

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan satu lagi kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Jalan Tanjung, Bintulu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kluster Jalan Tanjung merupakan kluster tempat kerja yang telah dikesan di sebuah pasar raya di Jalan Tanjung, Kidurong, Bintulu.

JPBNS berkata, kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-12,173 merupakan seorang perempuan warga tempatan berusia 27 tahun.

“Kes indeks ini juga merupakan pekerja di pasaraya tersebut yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 13 Mac lalu di Klinik Kesihatan Bintulu.

……Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mac 2021

Suara Sarawak