ARTIKEL

Covid-19: S’wak catat penurunan kes, 478 kes baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jumlah kes harian Covid-19 di Sarawak hari ini mencatatkan penurunan dengan 478 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 241,528 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) berkata, sebanyak 464 kes adalah dalam kategori 1 dan 2 manakala 14 kes tergolong dalam kategori 3,4 dan 5.

“Miri mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 131 kes dan selebihnya dilaporkan di 32 daerah yang lain di seluruh negeri,” jelasnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN melaporkan terdapat 20 kes kematian direkodkan dari 30 September hingga 30 Oktober 2021.

Kes kematian tersebut melibatkan pesakit dengan pelbagai ko-morbid yang merangkumi usia 51 tahun hingga 89 tahun.

Sementara itu, tiada kluster baharu yang dilaporkan setakat hari ini dan satu kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Terimah, Limbang.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU