ARTIKEL

Cukai hiburan tinggi jejaskan industri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penggiat industri kreatif dan pelancongan menggesa kerajaan mengkaji semula cukai hiburan serta menetapkan pelan untuk memansuhkannya bagi mengurangkan beban pengguna.

Gesaan itu diketuai Industries Unite bersama beberapa persatuan industri. Mereka turut mencadangkan kadar cukai dikurangkan, pengecualian diperluas dan pelaksanaannya diselaraskan jika pemansuhan segera tidak dapat dilakukan.

Mereka berpandangan cukai hiburan yang diperkenalkan pada 1953 sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa. Kadar sehingga 25 peratus turut meningkatkan harga tiket dan kos kepada pengguna.

Menurut mereka, pemansuhan cukai mampu menarik lebih ramai pengunjung, merancakkan pelancongan, meningkatkan perbelanjaan pengguna serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan hasil ekonomi.

Mereka turut menegaskan langkah itu dapat meningkatkan daya saing Malaysia dalam sektor kreatif dan pelancongan. Ia juga diyakini mampu menarik lebih banyak acara antarabangsa, pelaburan dan produksi asing seperti yang dilaksanakan beberapa negara lain seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di

Shuib Sepahtu tampil mohon maaf

PELAWAK Shuib Sepahtu mengambil tanggungjawab atas ketegangan yang berlaku antara dirinya dengan rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu, apabila tampil memohon maaf secara terbuka selepas hampir seminggu

BERITA TERBARU