ARTIKEL

Bahan bukti pengubahan meter elektrik yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh.

Curi Elektrik Di Pusat Komersial, Dua Sahabat Didenda RM50,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua individu masing-masing dijatuhi hukuman denda RM50,000 atau 15 bulan penjara oleh Mahkamah disini, hari ini, kerana mencuri elektrik di sebuah pusat komersial di Jalan Tondong, Ogos lalu.

Mazuan, 25 dan seorang lelaki berusia 19 tahun, masing-masing mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Saiful Bahari Adzmi pada awal perbicaraan kes hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Seksyen 33(3) Ordinan Elektrik (Bab 50) dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, kerana dengan niat bersama sengaja menganggu pemasangan elektrik yang disambungkan kepada meter lain dan suis utama yang boleh menyebabkan bahaya kepada peralatan pemegang lesen.

Bagi kesalahan itu, Saiful memerintahkan kedua-dua tertuduh bon berkelakuan baik selama tempoh dua tahun dengan jaminan RM5,000.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa di bawah Seksyen 33(7)(a) Ordinan Elektrik (Bab 50) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 33 (7)(b) Ordinan yang sama, dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, kerana terlibat dalam aktiviti memasang kabel penoreh terus yang menganggu pemasangan meter elektrik.

Saiful menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau tiga bulan penjara masing-masing terhadap kedua-dua tertuduh.

Pertuduhan ketiga pula, mereka didakwa mengikut Seksyen 33(9)(b) Ordinan Elektrik (Bab 50) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 21(2) Ordinan Elektrik dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, kerana sengaja memutuskan bekalan elektrik untuk menyambung elektrik curi kepada meter lain.

Kesalahan tersebut menyebabkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijatuhi hukuman denda RM25,000 atau enam bulan penjara.

Selain itu, pertuduhan keempat, mereka didakwa di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik (Bab 50) atas kesalahan cuba mengubah instrumen berhubung meter elektrik dan suiz utama yang terdapat kesan menghalang meter tersebut merekodkan penggunaan tenaga sebenar dengan tepat.

Bagi pertuduhan itu, kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman denda RM20,000 atau penjara enam bulan.

Kesemua kesalahan terbabit dilakukan mereka di sebuah pusat komersial di Jalan Tondong-Batu Kawa, antara jam 10.30 pagi hingga 2.04 petang, 20 Ogos lepas.

Semasa prosiding, kedua-dua tertuduh yang diwakili Peguam Clement Wong dan Christopher Chin memohon agar mereka diringankan hukuman kerana ia adalah kesalahan pertama dan mereka bertindak atas arahan daripada majikan yang masih bebas.

Namun demikian, Timbalan Pendakwa Raya Ronald Felix Hardin menggesa agar hukuman berat dikenakan kerana perlu mengambil kira berat kesalahan iaitu mencuri elektrik dalam pusat komersial.

Difahamkan, kedua-dua tertuduh ditangkap semasa gangguan elektrik berlaku di premis tersebut ketika mereka sedang mengubah meter elektrik.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan