ARTIKEL

D hie Laksa bina identiti sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

B ermula sekadar mahu mencuba sesuatu yang baru, langkah Radhie Ritz’one, 46, kembali ke dunia makanan akhirnya membawanya membina Dhie Laksa, sebuah perniagaan yang berkembang dengan identiti tersendiri.

Bagi Radhie, semangkuk laksa bukan sekadar makanan yang mengisi perut, sebaliknya menjadi wadah untuk menerapkan pengalaman, kreativiti dan prinsip yang dipelajarinya sepanjang berkecimpung dalam bidang makanan.

Lebih menarik, dunia masakan bukan sesuatu yang asing bagi lelaki itu Sebelum bergelar usahawan, Radhie pernah bekerja sebagai cef dan mempunyai pengalaman dalam industri perhotelan, malah kemahiran memasak sudah dipelajarinya sejak di bangku sekolah.

“Jika ditanya mengapa saya kembali dalam bidang makanan, sebenarnya makanan memang dekat dengan kehidupan saya.

Sebelum berniaga, saya pernah bekerja sebagai cef dan dalam industri perhotelan.

“Sejak di bangku sekolah lagi saya sudah belajar memasak.

Jadi, apabila kembali kepada bidang makanan, saya berasa seperti kembali kepada sesuatu yang memang sudah sebati dengan diri saya,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Namun, keputusan untuk kembali ke dunia makanan bukan sesuatu yang dirancang sejak awal, sebaliknya, ia bermula daripada kisah ringkas yang dikongsikan oleh seorang rakannya yang pernah berada di Kuching.

Rakannya itu dikatakan sudah mencuba beberapa kedai dalam usaha mencari hidangan yang benar-benar menepati cita rasa, namun masih belum menemui rasa yang dicari.

“Seorang kawan saya pernah tinggal di Kuching selama kirakira dua minggu dan mencari makanan yang menepati seleranya.

Dia sudah mencuba beberapa kedai, tetapi masih belum menemui rasa yang dicarinya.

“Dari situ, saya mula ter kir untuk mencuba menghasilkan sendiri makanan tersebut.

“Pada awalnya, saya tidak ter kir untuk menjadikannya sebuah perniagaan besar.

Saya hanya mahu mencuba sesuatu yang baharu,” katanya. Daripada percubaan kecil itulah, Radhie mula berniaga secara kecil-kecilan di sekitar Metrocity. Ketika itu, jumlah pelanggan tidak seramai hari ini.

Ada yang datang membeli untuk dibawa pulang dan ada juga yang sekadar mahu mencuba.

Namun, keadaan mula berubah apabila perniagaan berkenaan mendapat perhatian di media sosial.

“Pada awalnya, tidak ramai pelanggan.

Ada yang datang membeli untuk dibawa pulang dan ada yang datang mencuba.

“Selepas perniagaan kami tular, keadaan berubah.

Ramai pelanggan mula datang, termasuk dari tempat lain.

“Dari situ, kami nampak bahawa orang sebenarnya menyukai makanan yang kami hasilkan,” jelasnya.

Namun, bagi Radhie, perhatian yang datang bersama populariti bukan alasan untuk berhenti mencari kelainan.

Sebaliknya, beliau percaya sesebuah perniagaan tidak boleh hanya bergantung pada trend jika mahu terus dikenali.

“Dalam perniagaan, kita mesti mempunyai sesuatu yang membezakan kita daripada orang lain.

Jika orang lain menjual laksa dan kita juga menjual laksa, produknya memang sama.

“Jadi, kita perlu memikirkan sesuatu yang berbeza supaya pelanggan dapat mengenali identiti produk kita,” jelasnya.

Prinsip itu diterjemahkan Radhie menerusi kepelbagaian menu di Dhie Laksa.

Laksa yang ditawarkan tidak terhad kepada satu pilihan, malah pelanggan boleh memilih pelbagai tambahan seperti sambal sotong, sambal petai, sambal kerang, cendawan enoki dan tauhu goreng.

Tidak cukup dengan itu, Radhie turut bereksperimen dengan menghasilkan laksa goreng sebagai satu lagi usaha untuk memberikan pengalaman berbeza kepada pelanggan.

“Kami cuba mempelbagaikan hidangan.

Laksa tetap laksa, tetapi kita boleh menghasilkan pelbagai variasi.

Kami juga mencuba laksa goreng. Idea itu tercetus daripada pengalaman ketika berada di China.

“Saya sering makan mi di sana dan ketika dalam perjalanan pulang, kami ter kir untuk mencuba kaedah yang sama pada laksa.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU