ARTIKEL

Gambar hiasan

Dadah musuh orang muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DADAH secara umumnya adalah bahan kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia dapat mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Contohnya baru-baru ini, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap seorang lelaki tempatan atas ugutan hendak membunuh ibu kandunganya menggunkan sebilah pisau pemotong daging, Jun lalu.

Pembantu katering berusia 24 tahun itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan dia sengaja mengugut hendak membunuh ibunya berusia 63 tahun di kediaman mereka di Kampung Semariang Batu.

Dalam hal ini, masalah penyalahgunaan dadah merupakan antara masalah sosial yang berlaku di kebanyakan negara.

Justeru, pelbagai usaha dan operasi dilakukan oleh setiap pemimpin negara untuk membendung sekali gus membanteras penyalahgunaan dadah kerana dadah antara punca berlakunya pelbagai jenayah.

Lantaran operasi yang berterusan yang dilakukan, sebanyak 345.43 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dirampas oleh agensi-agensi penguatkuasaan narkotik sepanjang Januari hingga September tahun ini.

Data itu didedahkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, KanakKanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah minggu lalu.

Katanya lagi, rampasan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM Sarawak dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak itu merangkumi 204.73 kg dadah jenis syabu/ Methamphetamine, ganja (84.63 kg), serbuk ekstasi (44.99 kg), ketamine (10.94 kg) dan ketum (128 kg).

Selain itu, sejumlah 10,268 dadah berbentuk pil merangkumi 8,807 biji pil ekstasi, 430 biji pil Erimin 5 dan 31 biji pil nospan dirampas untuk tempoh yang sama.

Untuk tempoh yang sama juga, Sarawak merekodkan sebanyak 8,768 kes yang melibatkan 8,984 tangkapan hasil daripada 6,088 operasi, sekali gus peningkatan sebanyak 11.88 peratus berbanding 8,030 tangkapan pada tahun lalu.

Selain itu, sebanyak 32.9 peratus banduan yang berada di dalam penjara di seluruh Sarawak kerana pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Ia melibatkan seramai 1,721 banduan yang dipenjara sehingga September tahun ini.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 22.58 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022 iaitu melibatkan seramai 1,404 banduan.

Melihat data ini, kes penyalahgunaan dadah di negeri-negeri lain bagaimana pula?

Memetik Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon, trend penyalahgunaan dadah pada 2022 adalah melibatkan jenis Methamphetamine, heroin serta ganja, dengan tiga sumber bekalan tertinggi dikesan diperoleh daripada tokan, kawan dan saudara.

Berdasarkan trend, lebih 65 peratus penagih dadah dikesan menggunakan dadah sintetik, dengan kebanyakannya adalah dalam kalangan belia.

Nah, masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia tidak boleh dipandang enteng.

Bukti yang jelas, laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 oleh Institut Kesihatan Awam (IKU) Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan, seramai 60,000 remaja di negara ini dikenal pasti terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Kajian itu mendedahkan, tiga daripada empat remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun yang pernah terjebak dalam kegiatan itu, mula mengambil dadah seawal usia 14 tahun.

Manakala kira-kira 106,000 lagi memiliki sejarah pengambilan barangan terlarang itu.

Kes terbaharu, seorang remaja perempuan antara lima individu tempatan yang ditahan disyaki menyeludup masuk 42.2 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1.4 juta dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.

Kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan berumur 17 tahun hingga 22 tahun, dedah Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Nah, masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat.

Laporan juga menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat dan ia disokong pula oleh permintaan yang tinggi.

Jadi, bagaimana mengesyaki seseorang itu penagih dadah?

Berdasarkan dapatan, individu itu akan meneruskan tabiat mengambil dadah walaupun mengetahui kesan buruk dan masalah yang timbul daripada penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri dan orang lain.

Penagih dadah juga boleh menunjukkan tanda-tanda seperti mata merah, bekas suntikan di lengan, suka berhutang dan mencuri barang yang mudah dijual.

Pendek kata, pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat kerana penagihan dadah adalah satu penyakit kronik yang mudah berulang dan berpanjangan.

Penagihan menyebabkan individu sukar untuk berfungsi dalam kehidupan sehariannya.

Oleh demikian, wajarlah kita semua menjauhkan diri daripada apa-apa jua jenis najis dadah. 

LAIN-LAIN BERITA

Puasa pupuk kesabaran

KETIKA matahari terik di atas kepala sambil memancarkan sinarnya, ia membuatkan kita rasa tidak selesa dan letih akibat panas yang tidak terhingga.  Apatah lagi menjelang

Budak tinggi gula dalam darah

MASIH ramai yang kurang mengetahui kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalami masalah kandungan gula tinggi dalam darah atau lebih dikenali sebagai diabetes. Lebih-lebih lagi apabila

Sarawak tumpuan biologi dunia

SARAWAK kaya dengan kepelbagaian biologi hutan yang unik sehingga dikenali sebagai salah satu titik utama biologi dunia. Ia juga penyumbang tertinggi kepada liputan hutan di

Tempat paling mahal didiami

KOS sara hidup berbeza daripada satu negara ke negara lain. Beberapa negara, kos sara hidupnya jauh lebih mahal daripada yang lain. Di bahagian tempat tinggal

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

BERITA TERBARU