ARTIKEL

Dadah RM2.7b dalam kargo pisang dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LONDON: Rampasan dadah berat terbesar di Britain menyaksikan narkotik dengan nilai jalanan £450 juta (RM2.7 bilion) dirampas dalam kargo pisang, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Bungkusan-bungkusan kokain seberat 5.7 tan itu ditemui di dalam sebuah kontena berasal dari rantau Amerika Selatan di Pelabuhan Southampton pada 8 Februari lalu.

Rekod sebelum ini menyaksikan sebanyak 3.7 tan kokain dirampas di Southampton pada 2022. Sebanyak 3.2 tan kokain pula ditemui di atas kapal tunda, MV Hamal di Scotland pada 2015.

Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) berkata, bekalan dadah itu dalam perjalanan menuju ke bandar Hamburg di Jerman, manakala siasatan dijalankan untuk mengenal pasti suspek yang terlibat.

Pegawai-pegawai Pasukan Sempadan di Southampton menemui bungkusan kokain yang ditutup dengan pisang itu selepas dihubungi oleh NCA supaya melakukan pemeriksaan kargo. “

Rampasan ini akan menyebabkan kewangan kumpulan penjenayah terbabit terjejas teruk “Kami menyaksikan lonjakan rampasan dadah di seluruh Eropah sejak kebelakangan ini, manakala pasaran kokain terus meningkat di Amerika Selatan,” kata ketua agensi membanteras ancaman dadah NCA, Andy Mason.

NCA berkata, pasaran kokain domestik dikuasai oleh kumpulan-kumpulan penjenayah yang dipercayai mengaut keuntungan kira-kira £4 bilion (RM24.2 bilion) setahun di Britain sahaja.

Tambah Mason, operasi mengetatkan kawalan keselamatan yang dilakukan di pelabuhan Southampton membawa kepada penahanan beberapa pekerja yang membantu pengedaran kokain. – AGENSI

BERITA LAIN

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan