ARTIKEL

Gambar kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah - BERNAMA

Dapur restoran di pusat beli-belah di Karamunsing terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Dapur dan kipas ekzos siling sebuah restoran di pusat beli-belah di Karamunsing di sini terbakar hari ini, bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Hamsa Isnurdini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.31 pagi melalui talian MERS 999.

“Operasi pemadaman oleh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu serta BBP Lintas dilakukan menggunakan satu aliran 60 meter tiga pancutan sumber air daripada jentera fire rescue tander (FRT),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 10:54 pagi dan operasi kemudian ditamatkan pada 11 pagi.

“Restoran itu hanya terbakar 20 peratus. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian manakala jumlah kerugian sedang disiasat,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU