ARTIKEL

Safiee bersama-sama tetamu yang lain menyerikan Program Majalah dalam Kelas Sekolah Rendah dan Majalah dalam Kelas Guru sempena Program Kembara MADANI Bahasa dan Sastera (KEMBARA) di SK Hijrah Badong Daro.

DBP Perkasa Budaya Membaca, Bahasa Melayu Melalui Program Majalah Dalam Kelas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Usaha memperkasa budaya membaca serta memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dan pendidik dipergiat menerusi pelaksanaan Program Majalah dalam Kelas Sekolah Rendah dan Majalah dalam Kelas Guru sempena Program Kembara MADANI Bahasa dan Sastera (KEMBARA) di SK Hijrah Badong, hari ini.

ADUN Daro yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Safiee Ahmad berkata, program ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha memperkasakan penguasaan bahasa Melayu serta membudayakan amalan membaca dalam kalangan warga sekolah.

“Penggunaan bahan bacaan berkualiti seperti majalah terbitan DBP mampu membantu meningkatkan kemahiran berbahasa, memperkayakan ilmu pengetahuan serta membentuk pemikiran yang lebih kreatif dan kritis dalam kalangan murid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut yang turut menjadi sebahagian daripada pengisian Sambutan Ulang Tahun ke-70 DBP.

Menurut Dr Safiee, penganjuran program mencerminkan komitmen berterusan institusi dalam memartabatkan bahasa kebangsaan dan memperluas apresiasi sastera dalam masyarakat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Atlet muda Muay Thai Sarawak berpotensi besar

BINTULU: Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim kagum dengan prestasi yang dipamerkan atlet muda yang bersaing dalam Kejohan Muay Thai Piala Premier