ARTIKEL

Hazami berucap pada Majlis Penutupan Sesi Taklimat Perdana Penerbitan dan Pelancaran Buku Agenda Pemikiran Ketua Pengarah DBP Hazami Jahari di sini, hari ini.

DBP Perlu Keluar Daripada Kepompong Tradisional, Dekati Masyarakat Melalui Platform Digital – Ketua Pengarah DBP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu keluar daripada kepompong tradisional yang mengaitkan sebagai penerbit buku sekolah dan bahan akademik semata-mata, sebaliknya bergerak lebih agresif ke arah pendigitalan serta mendekati masyarakat melalui pelbagai platform baharu.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Hazami Jahari berkata, perubahan landskap teknologi dan corak penggunaan maklumat menuntut DBP melakukan transformasi supaya kekal relevan kepada generasi masa kini.

Menurutnya, antara pembaharuan yang dilaksanakan sejak mengambil alih kepimpinan DBP pada Januari 2023 ialah memperkukuh tadbir urus organisasi, memperkenalkan pelan pendigitalan serta memperluas jaringan dengan masyarakat di luar lingkungan tradisional institusi tersebut.

“DBP dikenali melalui buku sekolah, buku teks dan bahan penerbitan yang digunakan dalam sistem pendidikan negara. Tetapi mengapa DBP seolah-olah tidak keluar daripada kepompongnya?

“Sebab itu saya berpendapat DBP perlu melakukan lebih banyak sinergi, membuat penyesuaian dan mendekati pelanggan serta masyarakat secara lebih meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Sesi Taklimat Perdana Penerbitan dan Pelancaran Buku Agenda Pemikiran Ketua Pengarah DBP Hazami Jahari di sini, hari ini.

Tambahnya, selepas 70 tahun penubuhannya, DBP bukan sahaja perlu terus memperkukuh bidang bahasa, sastera dan penerbitan, malah perlu meneroka bidang baharu termasuk sains dan teknologi dalam konteks pembangunan ilmu serta kandungan digital.

Beliau berkata, cabaran terbesar ketika ini bukan sekadar mendigitalkan buku dan majalah, tetapi memastikan ruang media sosial dipenuhi kandungan yang menggunakan bahasa yang baik, beradab dan berintegriti.

Dalam pada itu, beliau berkata DBP juga akan terus menyesuaikan pendekatan penyampaian bahasa dan sastera dengan kehendak generasi baharu menerusi elemen didik hibur, gamifikasi dan teknologi digital.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU

DBP Sarawak ngena chara baru marit rebak biak

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pampang Sarawak nyelinting ngena chara baru ungkup marit raban nembiak rebak baru ba bidang jaku enggau litaricha dikena ngerembaika