ARTIKEL

HUS minta waris atau ahli keluarga Phan Kah Shing, 86 menghubungi pihak HUS bagi membantu urusan rawatan dan pengesahan maklumat peribadi.

Di Mana Keluarga Phan Kah Shing? HUS Rayu Jejak Waris Lelaki Berusia 86 Tahun!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) kini giat mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang lelaki warga emas, Phan Kah Shing, 86, bagi urusan rawatan serta pengesahan maklumat peribadi.

Menerusi kenyataan media HUS hari ini, warga emas berbangsa Cina itu dilahirkan pada 14 Oktober 1939 dan berasal dari Miri, Sarawak.

“Maklumat daripada sukarelawan di kediaman asal penama memaklumkan bahawa beliau telah menetap di Sarawak Hun Nam Siang Tng sejak kira-kira 30 tahun lalu,” menurut kenyataan itu.

Lelaki berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan uzur selain mengalami masalah penglihatan yang serius sebelum dirujuk ke HUS bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pihak hospital berdepan kesukaran untuk memperoleh maklumat terperinci mengenai latar belakang atau ahli keluarga berikutan keadaan penama yang tidak berupaya memberikan sebarang keterangan.

“Ketika ini, Phan Kah Shing sedang menerima rawatan di Wad Kecemasan HUS.

“Sehubungan itu, pihak hospital memohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan waris penama supaya tampil bagi membantu urusan berkaitan.

“Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Aime Yusup di talian 082-276666 sambungan 4338 pada waktu pejabat,” jelas kenyataan tersebut.

BERITA LAIN

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil