ARTIKEL

Di sini semua bermula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBENAR-BENARNYA kolum ini sudah siap tiga hari lepas tetapi semalam saya rombak balik sebaik sahaja saya pulang berjumpa orang kenamaan ternama di negeri ini.

Saya terfikir, jika saya bukan orang media — saya takkan berpeluang berjumpa dengan orang seperti beliau.

Saya bagi analogi mudah, saya berpeluang duduk bersarapan dengan Yang di-Pertuan Agong sambil santaisantai kerana baginda yang menjemput saya masuk istana.

Semalam, dengan bos saya, kali kedua kami duduk makan bersama-sama.

Bagi orang biasa seperti saya, ini merupakan pengalaman manis dan sudah tentu perkara normal jika anda lahir sebagai anak VVIP. Yang menarik untuk saya kongsikan di sini.

Sebelum menjadi VVIP, beliau merupakan figura yang selalu sangat mudah untuk orang seperti saya, juga wartawan lain berurusan.

Ketika mula-mula menjadi wartawan, saya sudah biasa mengikutinya menaiki bot laju ketika beliau turun padang di pedalaman malah pernah membelah lautan bergelora seawal jam 5.00 pagi untuk ke kawasannya.

Kami akan bertolak dari pangkalan, sambil kakitangannya membawa telefon segi empat besar.

Saya pun tidak ingat namanya.

Kami duduk di dalam bot, kedinginan dalam perjalanan yang memakan masa hampir sejam lebih.

Sebenarnya saya seronok. Selain mendapat pengalaman baharu, saya boleh pergi ke kawasan pedalaman melihat bagaimana penduduk di sana menyambut tetamu.

Jika orang bertanya, sejauh mana destinasi saya ketika mula-mula jadi wartawan, saya cuma jawab Beting Maro — saya berkali-kali ke sana termasuk Sebuyau.

Di kawasan itu, kami sering dihidangkan dengan ikan terubuk segar dan sayur-sayuran kampung.

Pernah saya bawa balik tiga ekor ikan terubuk kerana ketika lawatan kami pada masa itu, musim terubuk Ketika itu, saya masih hijau dalam bidang kewartawanan dan beliau YB pertama yang sanggup meminta pemandunya mengambil saya dari rumah, pulang dari kawasan saya akan diberi makan di rumahnya kemudian baru saya dihantar ke rumah.

Ketika itu saya berasa, beginikah seronok jadi wartawan kerana berpeluang ada pemandu ambil dan hantar ke rumah. Kami masuk ke kampung, disambut dengan makanan kampung – sangat seronok berbanding liputan di hotel lima bintang.

Biasanya jika anda pengamal media yang ikut YB turun ke kawasan terutamanya di pedalaman, anda juga akan dilayan seperti YB. Waktu berjalan begitu pantas, apabila beliau dilantik di kedudukan yang memerlukan protokol, saya juga sedar diri bahawa walaupun saya orang media, kami harus mematuhi protokol dan tidak boleh sebarang menghantar mesej.

Saya kongsikan perkara ini bukan kerana berbangga. Secara peribadi tetapi saya berbangga kerana yang saya kecapi tidak akan berlaku jika saya bukan dalam media.

Selain itu, dulu pun pada 1998, saya juga dijemput untuk membuat liputan perasmian Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan antara lapangan terbang terbesar di dunia dari segi saiz menggantikan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang sebagai pintu masuk utama ke Malaysia.

Ketika itu, saya bertuah kerana bekerja di surat khabar yang tengah membina jenama dan menjadi antara wakil Sarawak termasuk wakil dari Sabah dan beberapa negara lua

r. Ketika itulah, saya benar-benar yakin bahawa kerjaya sebagai wartawan membolehkan kami terbang lebih jauh

. Justeru, tanya mana-mana pekerjaan di dunia ini, dari mana sesuatu yang tidak dikenali bermula sehingga dikenali di mata dunia?

Semuanya daripada media.

Dari mana seorang artis, pelakon, penyanyi dan ahli politik mula dikenali?

Dari media.

Itu jawapannya.

Realitinya orang media dan wartawan menang dari segi populariti dan hubungan baik dengan semua orang sehingga ke pemimpin nombor satu negara.

Namun sebagai wartawan, kami pun ada hari yang tidak seronok namun lebih banyak hari-hari seronok.

Pada mata orang luar, kerja di media terutama akhbar harian mungkin dianggap glamor dan popular terutama dalam kalangan wartawan.

Sebenarnya bukan mudah menjadi wartawan. Jika anda berfikir wartawan cuma kerjaya bagi mengisi kekosongan organisasi media, baik tidak payah.

Kerjaya sebagai wartawan bukan dapat tangkap muat atau kerana anda pemegang ijazah komunikasi massa, jadi anggap sudah cukup layak.

Tidak, pekerjaan itu bukan kerja sambil lewa.

Pekerjaan ini harus didatangkan khas dengan minat dan kemahiran.

Bagaimana menghasilkan tulisan yang baik jika anda melangsaikan kerja hanya kerana kerja semata-mata?

Justeru, kepada wartawan sedia ada – sering jatuh cinta dengan kerjaya anda, percaya semua kerja selesai dengan jayanya. Perasaan itu sama seperti jatuh cinta, kita memastikan penampilan kita pada hari itu kemas dan cantik sebelum keluar bertemu janji.

Media memainkan peranan cukup mencabar dalam mencorak pemikiran pengundi pada masa kini malah bertanggunghjawab membentuk masyarakat berfikiran positif atau negatif kepada masyarakat dan kerajaan.

Kuasa penulisan media cukup untuk memberi impak yang sangat besar kepada negara.

Terima hakikat, media yang menjadi agen perubahan ini perlu tangkas dalam menghasilkan tulisan yang boleh menarik perhatian.

Wartawan juga memainkan peranan yang cukup mencabar dalam mencorak pemikiran masyarakat pada masa kini iaitu cuba untuk membentuk masyarakat yang berfikiran yang positif atau membentuk masyarakat yang berfikiran negatif kepada masyarakat dan kerajaan.

Kuasa penulisan wartawan cukup untuk memberi impak yang sangat besar kepada negara.

Oleh itu, wartawan yang menjadi agen perubahan ini perlu tangkas dalam menghasilkan tulisan yang boleh menarik perhatian umum serta boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat agar segala yang terjadi dapat diselesaikan dengan baik. Ini amat penting dalam memujuk hati rakyat agar menerima perubahan yang cuba dibawa oleh pihak kerajaan demi kebaikan bersama.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi