ARTIKEL

Didikan seimbang bentuk generasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MENDIDIK kanak-kanak merupakan satu amanah besar yang menuntut kesabaran, ketekunan serta pengorbanan tenaga dan masa yang tidak sedikit.

Dalam proses pembesaran, kanak-kanak bukan sahaja memerlukan keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal, malah mereka juga sangat dahagakan perhatian dan kasih sayang.

Mereka perlu dibimbing langkah demi langkah dalam melakukan sesuatu, sama ada perkara kecil seperti mengikat kasut mahupun perkara yang lebih kompleks seperti mengawal emosi.

Oleh itu, peranan orang dewasa amat penting sebagai contoh teladan yang baik. Selain itu, kanak-kanak juga ingin didengari.

Perasaan mereka terhadap sesuatu situasi sering dipandang remeh, sedangkan hal itu merupakan asas kepada perkembangan emosi yang sihat.

Apabila orang dewasa meluangkan masa untuk mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai, kanak-kanak akan berasa dihargai serta lebih yakin untuk mengekspresikan diri.

Di sinilah pentingnya memahami bahasa kasih sayang setiap kanak-kanak, sama ada melalui kata-kata, sentuhan, masa berkualiti atau sokongan emosi.

Sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam alTirmizi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang tidak mengasihi yang kecil dan tidak menghormati yang besar.”

Hadis ini jelas menunjukkan kasih sayang terhadap kanakkanak merupakan tuntutan dalam Islam.

Oleh itu, orang dewasa hendaklah bersikap lemah lembut terhadap mereka di samping memenuhi hak mereka  untuk dibimbing dan dilindungi.

Janganlah bersikap kasar, keras ataupun meremehkan mereka.

Pada masa sama, golongan remaja yang sedang meningkat dewasa juga perlu dididik untuk memahami keperluan kanak-kanak.

BERITA LAIN

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke

BERITA TERBARU