Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Diperintah bon berkelakuan baik setahun kerana curi lima unit komponen jentera berat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang pemandu jentera berat diperintahkan bon berkelakuan baik selama satu tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana melupuskan harta curi dengan menjual kepada kedai kitar semula.

Majistret Zaiton Anuar memerintahkan demikian terhadap pesalah muda berusia 20 tahun berasal dari Kampung Bangka Semong, Kota Samarahan, selepas mengaku bersalah dan mendengar laporan sosial hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat kitar semula di Jalan Setia Raja, kira-kira jam 3.30 petang, 13 September lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana melupuskan harta curi.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan pemilik syarikat dimaklumkan oleh salah seorang pekerjanya bahawa lima unit komponen jentera berat milik ekskavator milik syarikat telah hilang dicuri.

Pengadu mengesyaki komponen tersebut telah diambil oleh seorang pekerjanya yang bertugas sebagai pemandu jentera berat dengan anggaran kerugian sekitar RM6,000.

Hasil siasatan mendapati tertuduh mengambil barangan tersebut dan menjualnya di premis pusat kitar semula untuk mendapatkan sejumlah wang.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News