ARTIKEL

Snowdan (tengah) mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Industri Kreatif Sarawak (SCIS) 2024 semalam.

Direktori bagi pemain industri kreatif bakal dilancar pada hujung 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

 KUCHING: Sebuah direktori kreatif bagi pemain industri kreatif akan diwujudkan dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.
 
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata, direktori itu adalah kerjasama antara kementeriannya dengan Universiti Teknologi Swinburne (Swinburne) Kampus Sarawak.
 
“Kita akan menghasilkan direktori kreatif dan Swinburne sedang merangka direktori itu.
 
“Tujuan dan fungsi direktori itu adalah sebagai paparan kuning atau ‘Yellow Pages’ yang berfungsi sebagai sumber rujukan bagi individu yang mencari maklumat tentang pelbagai sektor kreatif dan perniagaan.
 
“Sama ada seseorang sedang mencari tukang, pereka fesyen atau pereka bentuk, direktori itu akan menawarkan senarai terperinci nama, kenalan perniagaan, dan juga kod QR untuk akses mudah kepada maklumat mereka,” katanya.
 
Beliau berkata demikian sebelum mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Industri Kreatif Sarawak (SCIS) 2024 di sebuah hotel di sini, semalam.
 
Snowdan yang juga Pengerusi SCIS berkata, direktori itu dijangka dibuka pada akhir tahun ini sama ada pada bulan November atau Disember.
 
“Direktori ini amat penting supaya bakat kreatif di negeri ini mudah ditemui.
 
“Oleh itu, sebaik sahaja siap, direktori itu akan disediakan dengan mudah kepada orang ramai,” kata Snowdan.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri