ARTIKEL

Disiplin kunci kejayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

“Jangan takut impian besar dan melangkah jauh, walaupun dalam keadaan mencabar.

Jika anda mempunyai matlamat yang jelas dan disiplin, tiada yang mustahil.”

Begitulah pesanan penulis dan penerbit buku, Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin yang berjaya menghasilkan 215 buku pelbagai genre, ketika ditemui pemberita di Pesta Buku Sarawak 2024 di pusat beli-belah The Hills.

Mengimbau kembali perjalanan hidupnya, Qayyum berkongsi bahawa cita-citanya ialah guru.

Namun, takdir membawanya ke dunia ketenteraan sejurus selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Berpegang pada prinsip ‘berani mula, berani habiskan’, beliau mengikuti latihan ketenteraan dan berkhidmat selama 25 tahun.

Setelah bersara, Qayyum meneruskan minatnya dalam bidang pendidikan iaitu penulisan dan memberi ceramah. 

Sehingga kini, beliau berjaya mengadakan 5,300 ceramah motivasi dan menulis 215 buku.

Disiplin dan menghargai masa ialah kunci utama kejayaannya.

Baginya, masa tidak boleh diurus, ia mesti dicipta.

“Saya selalu membawa komputer riba kerana saya menghargai masa.

“Setiap kali menunggu, saya akan menulis atau membaca, mengubah saat kecil menjadi saat yang berharga,” katanya.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU